Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, November 12, 2012

yakinlah.

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

"Keredhaan kepada sesuatu yang tidak disenangi adalah keyakinan tertinggi."
-Saidina Ali k.w.j


Merasa sudah tawakkal , tetapi mengapa tidak tenang?


Kalau dulu saya hanya memerhati, melihat; kini giliran sendiri dan rakan-rakan seangkatan sudah tiba. Menjejak era 'penantian satu penyiksaan' yang bukan mudah. fasa menanti tawaran daripada universiti.

MasyaAllah, tak pernah rasanya hati dicabar untuk merasa tawakkal setinggi ini. Kalah tawakkal malam burung hantu setiap tahun di zaman sekolah dulu. Dan menyebabkan keadaan lebih sukar, adalah untuk tawakkal dalam merasa ada silap besar yang telah dilakukan dalam UCAS form yang telah lama terbang ke tanah Kerajaan Bersatu tu. Terasa bagai 'dizalimi' pun ada juga.

Tapi... bukankah apa yang berlaku adalah takdirNya. Hanya perlu yakin dan percaya apapun yang diberi kelak ada hikmahnya. Tapi syaitan tu licik bukan? Semakin mahu hati menguatkan tawakkal, semakin kuat 'bisikan' kepada hati untuk melemahkan.

Sejujurnya, diri masih merasa 'dizalimi' dan tidak diberi hak yang sepatutnya, atas apa yang berlaku. 
Mujur aku dilahirkan muslim, dengan ajaran untuk terus optimis dan bersangka baik pada susunan takdirNya yang indah dan terbaik.



"Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu." [6:17]

semoga ada kebaikan dan hikmah, dalam segala-galanya. Kalaulah anda yang membaca sedang berkongsi rasa yang sama dengan saya.... Tawakkal, ne?


"...maka Rabb-mu adalah Allah yang satu KERANA ITU berserah dirilah kamu kepada-Nya;" [22:34]


WallahuA'lam. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Bicara-Sang-Khalifah 2012

0 komentar: