Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Wednesday, January 04, 2012

syukur.

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Subhanallah...

Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Banyaknya rezeki sehari-hari! (kredit)

Alhamdulillah, dengan limpahan kasihNya, masih lagi kita terus hidup di atas muka bumi Allah yang luas ini, walau disulami badai ujian yang teramat hebat, bergelen-gelen masalah yang harus ditelan, juga berbakul-bakul kendala yang merintangi perjalanan hidup kita. Masya-Allah. namun lihatlah diri kita. masih teguh berdiri di muka bumi Allah ini, malah masih lagi mampu tersenyum! Hebatnya kita. hebatnya kamu. tapi jangan lupa, dibalik semua ini siapakah yang Maha Hebat? Segala puji bagi Allah Al-Qawiyy, yang daripadaNyalah sumber segala kekuatan! Tiadalah kita masih teguh sekuat ini melainkan dengan izinNya. La hawla wala quwwata illa billah!

Dalam santai-santai petang ini , tiba-tiba saya teringat pula pada sebuah artikel yang mana saya telah dipaksa diamanahkan untuk menulisnya bagi dimuatkan dalam sebuah ruangan di majalah tarbiyatuna PRS (majalah mini keluaran nuqaba hidayah JB ) Keluaran kali itu, berkisar tentang rasa syukur dan berjimat-cermat. (kalau tak silap!) Jadi, hari ini saya cuma ingin berkongsi artikel hasil tulisan saya tersebut. entah anda larat atau tidak membacanya! tapi, mohon ignore sahajalah bahasa-bahasa saya yang agak pelik kedengaran di telinga anda, contohnya ; adik-adik yang dikasihi ke apa ke, kerana saya menulisnya mengikut keadaan saya ketika itu sebagai senpai di sekolah. (ceh) Oh sebelum itu, jazakumullahukhayran kepada saudara An dan saudari Al yang telah mengamanahkan saya untuk menulisnya, andai tidak, mungkin sahaja sampai bila-bila saya tidak dapat berpengalaman mahupun berpeluang untuk menulis dengan agak formal sebegini. (tapi formal tak berapa menjadi T_T) Juga kepada saudara Za yang telah mengeditkan artikel saya untuk dimuatkan dalam majalah tersebut (yang hasil akhirnya kelihatan agak pelik T__T, tapi saya redha sahaja la....sambil meraikan sahajalah citarasa manusia yang berbeza, juga kekreatifan yang pelbagai!) 


----------------------------------
Bismillah.

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: `Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?` Tentu mereka akan menjawab: `Allah.` Katakanlah : `Segala puji bagi Allah`; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. ” (QS Luqman : 25)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam atas nikmat iman dan islam  serta infiniti nikmat daripada Allah yang masih lagi kita kecapi sehingga ke hari ini. Ya, sehingga ke hari ini , walau menggunung dosa yang telah kita lakukan dihadapanNya. Masya-Allah, betapa Allah sangat sayangkan kita!
           
Salam kasih sayang  buat semua pelajar SMIH yang masih lagi setia menjadikan tarbiatuna sebagai santapan minda dan rohani serta Jazakumullah  buat CREW Tarbiatuna (yang sangat ana kagumi semangat juangnya!) yang telah membuka ruang dan peluang untuk ana berceloteh dalam keluaran kali ini. Zahirnya, ana jarang berceloteh, namun diharapkan celoteh ana kali ini menghadiahkan manfaat buat antum semua, insya-Allah.
           
Ana yakin dan percaya, antum semua pasti akan mengangguk setuju sekiranya ana katakan bahawa ketenangan hati adalah antara nikmat yang paling kita ingini dalam kehidupan di dunia ini. Lalu, apa wasilah yang boleh kita ambil untuk mendapatkan ketenangan tersebut.?

Ucaplah 'Alhamdulillah'! (Sumber)

SYUKUR : UKURAN KEHAMBAAN!

Ya, pastinya dengan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur! Kerana itulah, apabila ibadah syukur kepada Allah ini kita tinggalkan daripada kehidupan kita, akan muncullah rasa resah dan gelisah dalam hati. Buat apapun serba tak kena rasanya. Kuncinya , mungkin di situ, kerana kita belum lagi CUKUP bersyukur dalam kehidupan ini……….
         
   Sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi,

Cuba bersama-sama kita perhatikan ayat cinta Allah yang berikut ini,               

 “ Bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah;” [2:172] 

–Masya-Allah! Betapa tinggi ukuran Allah terhadap hamba-hambaNya yang bersyukur. Allah meredhai kita sebagai sebenar-benar hambaNya, hanya apabila kita bersyukur kepadaNya. Dan pastinya, syukur yang dituntut oleh Allah ini bukanlah sebatas di lisan semata-mata, namun  syukur yang dibuktikan dalam amalan nyata! Menurut Imam al-Junaid, "Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya".

Itulah dia syukur yang dizahirkan dengan amalan nyata. Apabila kita mampu untuk menggunakan segala nikmat atau rezeki kurniaan Allah untuk melakukan ketaatan kepada-Nya dan memanfaatkannya ke arah kebaikan, bukan kejahatan!

Justeru, renung-renungkanlah, ke mana sahaja kita langkahkan nikmat kaki yang diberi? Bagaimana pula dengan kalam-kalam yang kita lontarkan menerusi nikmat lidah ini? Apa pula yang kita tatap menggunakan nikmat melihat sehari-hari? Dan halwa telinga bagaimana yang kita pilih bagi memuaskan telinga sendiri?  Adakah semuanya sudah kita manfaatkan dengan cara yang diredhai? Ataukah semuanya cukup membawa kita ke destinasi yang membinasakan diri? Semuanya perlu kita instropeksikan sejenak, kerana sememangnya , seluruh kehidupan kita menjadi ukuran syukur padaNya.

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang ana kasihi kerana Allah,

Ketahuilah, hanya dengan rasa cinta yang mendalam kepada Allah dan RasulNya yang membolehkan kita terus bersyukur dengan nikmat yang diberi.  Ya, kalau kita masih berani ingkar dan tidak bersyukur, itu tandanya kita masih belum cukup mencintai Allah, yang telah menghidupkan kita. Astaghfirullah~

Dia sebenarnya sudah mengetahui, bahawa dalam kalangan makhluk yang dicipta, hanya sedikit yang bersyukur kembali kepadaNya. "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur." [7:10] -Maka, rebutlah segala peluang agar kita dapat tergolong dalam kalangan yang sedikit ini!

Akhir kata, sahabat-sahabat, adik-adik, sedarilah, kita cuma berada di taraf hamba di mataNya. Maka, lakukanlah  segala amalan di dunia ini mengikut landasan yang telah ditetapkannya bagi memastikan jalan kita sentiasa lurus , menuju ke syurganya. Ya, sebagai tanda kita benar-benar BERSYUKUR!

PSone :[Sudahkah kita mengucapkan ‘Alhamdulillah’ pada hari ini? J]
PStwo : [Semoga kita tidak menjadi hamba yang tertipu dengan nikmat dunia.]
PSthree : [Biasakan diri berjimat-cermat , mudah-mudahan selamat dunia akhirat!]

"Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran." (Adh-Dhuha:  11)


WallahuA'lam. Bicara-Sang-Khalifah 2012 
To Make People Understand

0 komentar: