Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, January 02, 2012

kacamata?

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Cuti 6 minggu sudah hampir tamat. 2012 sudah bermula, dan semoga saya lebih rajin menulis di sini. doa-doakanlah.

Balas2 komen antara saya dengan seorang kakak senior (a.k.a kakak-tak-kandung-tapi-muka-ada-iras :p) pada suatu hari (dah lama!) telah menjentik minda saya untuk berfikir,lantas menulis pada hari ini. Dan saya post pendek saya kali ini cuma ada satu point sahaja, dengan harapan semoga kalian dapat memahaminya; insya-Allah.

Kenapa ya? Kalaupun kita orang yang faham fikrah , berdegar-degar juga bila cakap pasal dakwah, dalam usrah pun memang menyerlah, tapi kadang-kadang kita sendiri tak mampu nak melihat kehidupan dunia, atau specifically, ruang lingkup kecil life kita sendiri menerusi kacamata tarbiyah. Apa masalahnya?

Hari tu (dah lama juga..) ini ada isu, seorang blogger (yang 'faham') menghuraikan permainan Angry Birds menerusi kacamata tarbiyah. segala terma-terma dan konsep-konsep tarbiyah diadun dalam penerangannya yang panjang lebar itu. Daripada satu aspek, saya memuji usaha akh ini yang telah berjaya menjaring pemikiran anak-anak muda supaya bermain, sekaligus berfikir daripada satu spektrum yang berbeza. daripada satu aspek yang lain, ada juga buruknya apabila statement2 seperti ini dikeluarkan. biasalah, semuanya ada pro-and-cons. tetapi saya bukan mahu jadi blogger ketiga yang memperdebatkan isu ini. (dok ceykak doh weh!) Tetapi di dalamnya saya melihat ada kejayaan. Kejayaan seorang manusia, yang dapat melihat sesuatu (angry birds, contohnya) menerusi suatu kaca mata yang luar biasa daripada orang lain. yang lebih daripada hanya batasan suatu permainan baling2 burung (betul ke? tak pernah main pun :p) untuk mencari sasarannya sehingga boleh mengaitkan dengan segala bagai terma-terma tarbiyah itu. Hmm, hebat juga.

Entahlah, bukan ini maknanya saya nak menyeru kalian semakin banyak mengaitkan tarbiyah kita dengan agenda2 jahiliyah yang lain pulak! Tapi, mesej moralnya, what you see is what you get (WYSIWYG) , kan? dan kalau kefahaman fikrah itu memang sudah mendarah daging dalam diri, seharusnya dengan mudah kita boleh tempiaskan kefahaman tersebut dengan cara kita memandang dan melihat setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. agar segala-galanya menjadi manfaat buat diri. agenda yahudi pun susah nak meracun, bila semuanya memakai kacamata tarbiyah Islam ini. Tapi itulah masalahnya, kadang-kadang fikrah tu cuma tersekat menjadi santapan minda semata-mata. nak praktis dalam hidup, satu apa pun tak jadi. Apa masalahnya?

Sungguhlah, Allah itu bersama-sama sangkaan para hambaNya. Macam tu juga kehidupan ini. Teringat pula saya pada kata-kata seorang pakar motivasi, sebenarnya tak ada orang jahat atau baik, tapi bila kita tafsirkan yang orang tu jahat, maka jahatlah dia pada pandangan kita, dan bila kita tafsirkan orang itu baik, maka baiklah orang itu, menurut pandangan kita. (aik, betul ke ni?) quote ni mungkin tak 100% tepat pada semua keadaan, but, generally it might be true. Banyakkkk (to the power of 10) sangat perkara dalam hidup ini yang manfaat mahupun mudaratnya tergantung pada sangkaan kita. Jadi, berpada-padalah dalam berfikir dan menafsir sesuatu, ye? dan semoga, kita tidak terhijab daripada mendapat hikmah daripada perjalanan kehidupan ini. Rajin-rajinlah tadabbur, biar mata hati terang.

Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada” (Al-Hajj: 46)


Azamnya, nak belajar daripada kehidupan. Baguslah tu, niat dah ada. Tetapi, antara perkara pertama yang perlu kita islahkan ialah cara kita menafsir setiap perkara di sekeliling kita, supaya kehidupan itu mampu menjadi 'guru' kepada kita. Bersihkanlah hati, bukalah minda. Akal dicipta hakikatnya untuk berfikir bersama-sama hati yang menjadi pengemudinya. Bila Islam menjadi kacamata, taqwa menjadi pakaian, insya-Allah hidup pasti lebih indah, dan berpengajaran :) Pilih spek betul2, jangan jadi orang 'rabun' memanjang!

*p/s : semua ini, sesi -talking-to-myself- biar saya sendiri yang terasa. kalau boleh, kamu juga. :)

WallahuA'lam. To Make People Understand.
Bicara-Sang-Khalifah2011

p/s : ayah dah ada BLOGSPOT juga :)

0 komentar: