Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, November 28, 2011

istiqamah.

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Subhanallah...Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Segala puji bagi Allah, yang masih menghidupkan kita sehingga ke hari ini.




Sudah berbulan-bulan lamanya, teratak ini dibiarkan sepi. Bukan tidak mahu, tapi saya sangat percaya bahawa tulisan adalah cerminan hati. Justeru,saya sering ternanti-nanti keadaan hati yang sesuai dan stabil sebelum butang publish itu sedia ditekan. Mungkin inilah harinya. Coretan ringkas kali ini, khas untuk diri saya sendiri, sebagai peringatan. Biar tazkirah yang dituliskan, paling dekat dengan jari yang menaip; akan selalu kekal dalam ingatan. maaf kalau coretan kali ini tidak segar manfaatnya untuk kalian semua.

Membesar bertahun-tahun dalam bi'ah (suasana) yang selesa, menyebabkan saya jarang bersyukur akan nikmatnya mendapat tarbiyyah itu sendiri.Saya tahu, itu anugerah. Tapi, hati ini tak pernah pun merasa sungguh-sungguh bersyukur akan nikmat tarbiyyah dan fikrah itu. Dan susunan Allah cukup cantik, kini saya diletakkan di daerah yang cukup berbeza keadaannya, agar rasa syukur itu mampu dibina. Kerana saya juga manusia, bila hilang, baru terasa! dan yang paling saya takuti, akan kehilangan 'hati'.

Mungkin, sewaktu membesar di taman tarbiyyah dulu, saya tidak pernah menjangka bahawa ini akan menjadi masalah dan ribut kepada diri saya. Bukan perasan diri sudah qawiy (memang jauh panggang dari apilah!), bukan jua merasa diri sudah 'cukup', tapi, tempoh 11 tahun itu,menyebabkan saya merasakan bahawa ke mana pun saya selepas ini, saya pasti akan menemui 'comfort zone' saya yang membolehkan saya terus istiqamah.

Mungkin perkiraan saya betul, tetapi tidak cukup tepat. Kerana kuasa magnet jahiliyah pula yang terlebih power memanggil-manggil saya ke arahnya di 'daerah' baru ini.
Setiap manusia punya cerita jahiliyah tersendiri, begitu juga saya, (esp zaman sekolah rendah dulu2) dan magnet2 ini sungguh mengingatkan saya kembali kepada keseronokan berada di alam jahiliyah itu. Menjadikan saya semakin takut.Allahu rabbi...

"...tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu; " [42:15]

Susah rupanya mahu istiqamah. Sungguh terjadi perlian seseorang kepada saya suatu masa dahulu.


"tengoklah bila dia pula diuji nanti!" (lebih kurang mcm nilah maksud dia)
sarkastik sungguh kata2nya, ketika saya sedang cuba menyampaikan nasihat.
[moral : Kullu kalam ad-dua'; jadi berhati2lah dengan perkataan kalian.. mungkin menjadi doa termakbul!]

Dan kini, perliannya kembali bergema di kotak minda. Sungguh saya sedang merasa diuji. namun, juga sungguh, saya tidak mahu seinci pun menjauh daripada diri saya yang dahulu. kalau menjauh maju, tidak mengapa. 'menjauh' ke arah encik 'J' itu yang saya takuti! Kerana saya mengerti, bukan bi'ah yang sepatutnya diangkat menjadi sebab untuk terus istiqamah. kerna bila iman dan fikrah sudah teguh, biarlah hilangnya bi'ah, insya-Allah istiqamah masih bertapak. tetapi dengan iman yang masih ditahap ** ini, tidaklah pasti apakah saya cukup kuat untuk bertahan. tidak mahulah iman 'yanqus' memanjang! na'uzubillah. *remain,remain,remain; steadfast!*

"...maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaannya);" [41:6]

Erti istiqamah, "to go straight into the right direction, acting rightly, allowing no deviation." berpegang teguh pada jalan yang lurus. juga, tidak mudah tergugah walau dengan apa keadaan sekalipun. Merujuk kepada firman Allah yang di atas,sudah terang lagi bersuluh, bahawa istiqamah ini merupakan salah satu tuntutan dalam agama! Ditiup angin perubahan, tidak sedikit pun lentok, disinggah ribut taufan, tidak seinci pun bergerak. Perfect sungguh keadaannya. Persoalannya, apakah tidak mustahil untuk kita mencapai tahap hati yang se-istiqamah ini?

Jangan risau, ada jalannya. Masih ingat hadis ke-29?

Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah yang istiqamah, sekalipun sedikit.”
[HR Bukhari dan Muslim]


Kerana memahami fitrah manusia yang mudah bosan, solusi ini datang memberi harapan. Biarlah sedikit amalan yang dilaksanakan, tetapi laksanakanlah berterusan. Seperti seorang sahabat, menarik kekaguman saya, istiqamahnya dia setiap hari mengumpulkan sisa-sisa makanan dari dining hall, untuk diberikan pada kucing2kelaparan secara sukarela, setiap hari. biarpun dia sendiri cukup tidak sukakan kucing! masya-Allah. cukuplah satu amal simple itu pun tidak mampu saya lakukan. teringat pula pada sirah Rasulullah S.A.W yang istiqamah menyuap makan kepada seorang perempuan yang juga 'istiqamah' mencerca Nabi S.A.W sambil-sambil disuap. masya-Allah, hebatnya qudwah Nabi.

amal sikit berterusan vs amal banyak tapi ala-ala biskut chipsmore.
pilihlah. memang setelah saya menekan butang publish ini, kiranya rasmi sudah saya termasuk dalam golongan cakap tidak serupa bikin; kerana saya memang tidak mampu istiqamah untuk menulis di sini selalu. astaghfirullah. Dan untuk itu, maaf dipinta daripada kalian semua.

Kenapa saya menceritakan semua ini? agar untuk adik-adik semua yang masih berada dalam zon selesa, atau kakak-kakak yang masih berada dalam keadaan terjaga bi'ahnya, mengambil ibrahnya, sementara sempat, carilah formula, carilah jalannya akan bagaimana untuk menjaga istiqamah diri nanti, dan bagaimana memelihara konsistensi dalam beramal dengan apa yang difahami, kelak di mana kalian akan dicampakkan selepas ini. Cari, rancang dan fikir-fikirkan. Semoga apabila tiba masanya, segala2nya akan menjadi lebih mudah. Sebab kadang2, ada manusia yang tidak berjumpa lagi dengan pangkal jalan. Na'uzubillahi min zalik.

Alhamdulillah, tahun baru 1433H sudah bermula. :) cabarlah diri kita untuk terus istiqamah. dan biarlah amalan membuktikan!

WallahuA'lam.
Bicara-Sang-Khalifah2011.

[curhat] : saya rindu usrah. usrah yang berjalan dengan ukhuwwah dan cinta. usrah yang memberi kekuatan untuk saya istiqamah. barulah saya faham, kenapa Ukhuwwah Teras Kegemilangan. Semoga UTK bukan hanya tinggal slogan. sungguh, laungan itu punya makna. Kalaupun usrah tiga kali seminggu (ehem ehem), tapi tanpa ukhuwwah, memang tak jadi. Betullah bak kata seorang ustaz itu, usrah itu fungsinya ukhuwwah. kalau tak ada ukhuwwah.................? Para murabbiyah, jawablah sendiri.


kredit gambar:
[1] http://www.facebook.com/SeniKehidupan [2] http://dhiya-ulkahfi.blogspot.com/

0 komentar: