Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Friday, May 27, 2011

random.

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...



Random thoughts, with random picture.
Sedih rasanya mengenangkan blog ini. Sudah lama tidak dikemaskini, seolah-olah ada amanah yang belum lunas, bulan2 kebelakangan ini. Semoga ini tidak termasuk dosa amanah yang dikhianati. ameen.

Rakan-rakan segenerasi kini sudah seorang demi seorang mengorak langkah, memulakan satu lagi fasa hidup yang baru, the exciting yet challenging tertiary education life. :) Semoga urusan mereka dipermudahkan, teruslah berlari sahabat-sahabatku, julanglah agama Allah ke puncak tertinggi!

sementara yang menulis ini.. hmm.. sudah tetap dengan undang-undang; Tiba-tiba timbul rasa sayang untuk meninggalkan ilmu kimia yang sangat dekat di hati. Tetapi bimbang pula tidak mampu menanggung hebat cabarannya di peringkat yang lebih tinggi kelak. Namun, mengingat-ingat kembali kata-kata yang pernah disampaikan seorang teman (saya tidak pasti asal usul kata2 ini daripada siapa), tetapi katanya, sekiranya kita melaksanakan sesuatu yang berada di luar batas kemampuan kita, itu dikira sebagai jihad. Ya, saya tahu, bahawasanya Allah pasti tidak akan membebani hamba-hambaNya diluar lingkup kemampuan; mungkin kata-kata ini maknanya, jihad apabila kita berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu di luar lingkup zon selesa kita, ataupun sempadan yang direka-reka oleh diri sendiri. tetapi, dengan fikiran dan jangkauan manusia yang super terbatas ini, hakikatnya memang susah untuk membuat keputusan untuk masa hadapan.

Apapun jua, selaku muslim, dalam membuat pilihan tidak seharusnya kita lupa dua perkara ini; istisyarah dan istikharah! istisyarah; bersyura, berbincang dengan yang kita rasakan 'arif dan mampu membantu dalam membuat keputusan. Juga istikharah; baik dengan solatnya juga doanya... dengan hati yang ikhlas jua sepenuhnya pasrah berserah kepada Allah.

bahkan, saya pernah terbaca, seharusnya dalam sekecil-kecil benda pun, kita boleh sahaja istikharah. Ya, agar keyakinan bahawa sesungguhnya Allah Al-'Aliim, yang Maha Mengetahui segala-galanya tertancap kemas di dalam jiwa.

em, mungkin contohnya seperti, kita mahu ke kedai, dan kita berkira-kira sama ada ingin memandu kereta ke sana atau menunggang basikal sahaja. Berhenti sejenak, dan ucapkanlah 'doa' simple, Ya Allah, yang mana2 yang terbaik, permudahkanlah. (saya tak berapa ingat bagaimana doanya, tetapi ya, lebih kurang seperti inilah) saya tak pasti pula kalau ini sebenar-benarnya termasuk dalam kategori istikharah itu (tapi kalau dah keluar kat majalah tu, insya-Allahlah benar, kan?), tetapi;hikmahnya, inilah yang boleh kita laksanakan dalam usaha membuat pilihan! dan buatlah keputusan, semoga dalam keputusan sekecil apapun yang dilaksanakan, akan diiringi redha Allah dan keberkatan padanya.

Berbalik ke pangkal kisah, apapun jua pilihan yang dipilih, (apatah lagi yang berkaitan dengan masa hadapan!) Yakin dan percayalah, kita boleh melakukannya dengan izin Allah. Apa sahaja yang senang dalam hidup ini? Mahu makan saja, perlu menyuap! manusia dilahirkan dengan potensi yang sangat besar; hanya tinggal tangan kita, perlu bergerak dan menerokanya; dengan izin Allah.

Cuma, melalui pembacaan, ada yang berkata; kadangkala ada segelintir manusia (na'uzubillah, semoga bukan kita!) yang terhalang daripada mengeluarkan juga menzahirkan potensi diri yang tertanam dalam diri masing-masing. Mungkin juga disebabkan dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan di muka bumi ini. Saya sungguh terpukul tatkala pertama kali mengetahui hadith ini;

Dari Thauban RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya seseorang insan terhalang dari mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.”

[HR. Ibn Majah]


Tetapi, jangan pula selepas ini kita berlumba-lumba menghindari dosa kerana takut rezeki tidak masuk poket ! Tetapi, di situlah peranan Allah Al-Matiin dalam menjadikan hamba-hambaNya lebih berdisiplin. Di pihak kita selaku hambaNya, tetaplah istiqamah menjadikan redha Allah sebagai matlamat atas segala-galanya!

Analoginya cukup mudah kan, (Ya Allah, dah lamanya tak debat!) pekerja A kerjanya cukup mantap dan berkualiti, tampak hebat di mata si majikan. pangkatnya pasti senang diangkat dan gajinya tentu lebih tinggi daripada pekerja biasa2 yang duduk2 bermalas-malasan dan kerja asal boleh sahaja!

Berebut-rebutlah, mendapatkan redha Allah; sama-samalah berusaha menjadi hamba Allah yang 'mantap dan berkualiti'. Insya-Allah, rezeki dan pintu-pintu kebaikan yang lain akan sama terdorong datang jua. JanjiNya, andai kita bertaqwa; pasti ditunjukkan jalan!

Maaf, coretan hari ini tanpa tajuk. Sejujurnya, banyak perkara yang ingin dikongsi bersama-sama. But, I am still recovering from.. something. perlu sedikit masa, sekalipun dalam hal untuk berkongsi sesuatu di sini. kerana penulisan selalunya boleh menjadi cermin yang merefleksikan perasaan jiwa. biarlah saya recover dahulu. Sekadar mengirim khabar sebentar, bahawa blogger ini masih ada (alhamdulillah). Sekiranya anda rajin membaca blog saya (yang tidak rajin dikemaskini) , pasti terasa post ini ada lainnya. Apapun, fi amanillah buat semua!

Tiup-tiupkanlah doanya, agar blogger yang seorang ini selamat dan sejahtera hidupnya, dunia dan akhirat. insya-Allah.


Wallahua'lam.
Bicara-Sang-Khalifah2011

1 komentar:

sufiyyah zulkifli said...

menarik hadis dr Thauban R.A tu. :)
dan juga semoga bukan kerana dosa kita menjadi penghalang hidayah. T.T
all the best ili!