Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Sunday, January 30, 2011

KYUEM!

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...


Saya kurang pasti apakah entri ini bermanfaat ataupun tidak. Mudah-mudahan. We never know what people want, and what they need. Semoga ada manfaatnya untuk sebilangan manusia, meski tidak semua. Moga Allah redha. Selamat membaca.

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu
[Algebra, Daerah Ini]


Kolej Yayasan UEM :)
Dunia Baru

11/01/2011 ; melangkah ke dunia baru. serba baru. setelah satu dekad, bernaung di bawah bumbung yang sama, bersama-sama rakan-rakan yang sama, guru yang sama, bi'ah yang sama; Akhirnya Allah membukakan pintu untuk saya melangkah ke dunia baru. serba baru.

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

KYUEM, Lembah Beringin menjadi saksi tatkala saya mengalami kejutan budaya. Sudahlah sambung belajar lebih awal daripada majoriti rakan segenerasi yang lain, tercampak pula ke kawasan yang sangat terpencil di Malaysia.

Namun segera hati ini kembali tenang melihat pesona tarbiyah di KY. Tidak sampai sebulan di KY, sudah dijemput ke usrah, rehlah, ceramah, mabit dsb. (err, sampai ada yang tak terpergi ;) Maka, mengapa perlu risau?

Tarbiyah vs Bi'ah

Ya, bi'ah solehah. tepat sekali seperti apa yang dijangka, inilah yang tiada. Tidak perlu risau tentang usrah, tarbiyah kerana kemana-manapun kita pergi, insya-Allah akan ada. Namun, iklim solehah itulah yang sukar dicari. 10 tahun mendiami zon selesa di Islam Hidayah membuatkan saya mengalami kejutan budaya yang super, tatkala pertama kali menjejakkan kaki di bumi KY yang indah ini.

Saya sangat yakin dan percaya bahawa suasana sekeliling yang baik akan mempengaruhi hati dan sahsiah manusia yang wujud di dalamnya. dan begitulah sebaliknya; dan yang sebaliknya itulah yang membuatkan saya cukup risau. Apakah diri ini akan terus bertahan? terus istiqamah? Dan menjadi ahli batch point five (yang semuanya private students!) menghantarkan lagi tahap kebimbangan saya ke tahap maksima!

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Namun, alhamdulillah. belum pun seminggu di KY, kakak2 alumni Hidayah bertubi-tubi memberikan kata semangat agar terus kuat. mereka seakan-akan menjawab semua persoalan yang bermain-main di benak fikiran. Ya, sejujurnya, saya mula meragukan prinsip yang selama ini dipegang. Kerana bi'ah solehah mula pudar. Alhamdulillah, Allah kembali mengingatkan saya melalui pesanan2 kasih sayang mereka. agar hati yang berbolak-balik ini kembali tetap. Syukran ya akhawati; Saya cukup bangga menjadi ahli PaLS SMIH junior apabila mendapat kakak2 seperti ini;- Ya Allah, lindungilah diri ini daripada hati yang kafir dan selalu ragu! Mampukah menetapkan sesuatu yang fitrahnya berbolak-balik menjadi statik? Allah, izinkanlah!

"Ya Allah, jangan Engkau bolak-balikkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk.
Berilah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rezeki"
[3:8]

Insya-Allah, Inilah yang terbaik!

Apapun, tidak dapat dinafikan, KY memang tempat belajar yang sangat baik and it is just too good for homesick, bak kata saya pada mama dalam hari-hari terawal di sana. Segala keperluan dan kehendak akan sedaya upaya dipenuhi oleh pihak kolej. Pada hari-hari terawal di sana , Manager kolej yang seolah-olah tahu kebimbangan yang sedang bermain-main di dalam hati saya ini, segera berkata "Don't worry, your religious needs will always be fulfilled." dan janjinya itulah yang membuatkan jiwa ini tenang.

Saya datang dari sekolah yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama. Dan saya bersekolah di situ selama SEPULUH tahun. Ya, 10 tahun bersama-sama suasana dan manusia yang sama. Terjun ke english-speaking college, pastinya membuatkan saya terasa sedikit janggal pada awalnya (sampai sekarang pun?). Namun, Alah bisa tegal biasa, semoga Allah permudahkan segala urusan saya dalam menghadapi 18 bulan (insya-Allah) di sini , semoga language barrier, bukan masalah; insya-Allah. Mahu menjadi muslim super, segala kelemahan akan sedaya upaya diatasi!

"You will face a lot of hard times here!" pesan seorang senior yang juga 18-monther di KY. ya, itu sudah pasti. dan saya pasti, statement ini benar bukan kerana saya berada di KY; namun inilah resmi dunia, yang kerehatan di atasnya tidak wajar bagi orang yang berakal! Dan lazimnya, kesusahan dan perjuangan akan lebih banyak membawa kita kepada jalan mengingat Tuhan. Zikrullah tanpa henti mengiringi, mengharap rahmat Allah turun memudahkan jalan.

"...Ingatlah Aku niscaya Aku ingat ( pula ) kepada kamu."
[2:152]

Di sini, saya dilabelkan sebagai seorang yang pendiam. sangat ramai yang menganggap saya sedemikian. Entahlah, saya kurang pasti akan hakikatnya. Serasanya, saya tidaklah terlalu pendiam di Hidayah. Cuma di sini, saya hanya akan meluahkan sesuatu apabila ada sesuatu untuk diluahkan. Kesibukan memerhati dan menghadam suasana membuatkan saya lebih banyak diam. Mungkin saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri terlebih dahulu di sini. Sudah 10 tahun tidak bertukar sekolah, membuatkan saya terlupa, lazimnya, pelajar lama yang akan menegur pelajar baru atau pelajar baru yang akan terlebih dahulu menegur pelajar lama? Common sense. Saya bukan pendiam, tapi segan. :) Apapun, insya-Allah, resepi dakwah ini akan terus cuba saya amalkan;

"Yakhtalithun walakin yatamaiyyazun"
[Bergaul tetapi berbeza]

Kadangkala, keraguan mula timbul. Apakah saya perlu berakhlak over-enthusiastic seperti sebilangan pelajar di KY ini untuk mendapatkan lebih ramai teman? susah; kerana saya bukan datang dari sekolah yang sedemikian. Di Hidayah, naik suara seoktaf, sudah di "shhh" kan. Begitulah keadaan saya selama 10 tahun. Natijahnya? "jaga suara" sudah menjadi sebahagian daripada akhlak. dan saya pasti, inilah jalan yang mulia. Perlukah saya mengubahnya dan menjadi orang yang sedikit huha, huha? Persoalan ini mula bergema di minda;Namun , melihatkan kepada hadith ini,

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,
berkatalah yang baik ataupun diam."
[HR Bukhari&Muslim]
jawapannya tidak, saya kira. Redha Allah, itu yang utama!

Inilah pertama kali saya tinggal di boarding school, berjauhan daripada rumah yang menenangkan hati serta keluarga yang membahagiakan. Namun, hikmahnya pasti. Semoga pergantungan saya kepada Allah akan lebih kukuh dan teguh; dan inilah titik permulaannya. Hasbiyallahu wa ni'mal wakiil.

"Cukuplah Allah sebaik-baik wakil, sebaik-baik
pemimpin dan sebaik-baik penolong. Tiada daya
dan upaya melainkan dengan [pertolongan dan kekuatan]
Allah yang Maha Tinggi kedudukan dan Maha Agung"

Insya-Allah, setakat ini saya mengambil subjek History, Economics, Psychology dan... ya.... Mathematics, sebagai persediaan untuk mengambil bidang undang-undang, insya-Allah. Saya tidak pasti apakah yang akan terjadi di masa hadapan, kerana masa hadapan merupakan rahsia Tuhan. Namun, setakat inilah perancangan yang mampu dilakukan, and I let Allah to do the rest. Hanya satu yang saya yakini, Allah selalu bersama-sama, and Allah has brought me to this, so HE will bring me THROUGH this, insya-Allah. Tawakkal, ibadah hati yang utama, perlu sentiasa diamalkan; kepada Allah-lah saya berserah diri atas perjalanan kehidupan menuju akhirat.

Oh ya, Kolej ini hanya menawarkan pengajian A-Level, and they DO produce good students. So? come and join US in KYUEM! :)

Di sini, saya masih rumah biru. The House of Glory, Sapphire!
Jemputlah melawat, menambah ilmu, hikmah dan kasih sayang.

http://www.kyuem.edu.my
http://bluecollege.blogspot.com
http://muscom.iluvislam.com
http://sapphire-kyuem.blogspot.com

WallahuA'lam.
To Make People Understand.
Bicara Sang Khalifah 2011

7 komentar:

sarah zainalputeh said...

salam my dear,
what's KYUEM?

-ilisyazwani- said...

salaam kak sarah! :)

KYUEM stands for Kolej Yayasan UEM.
UEM ni company yang buat PLUS highway tu ;)
Kolej ni tmpt org ambil A-Level.

Anonymous said...

salam kak ilisyazwani..
saya baru habis Spm last year...
sekarang tengah tunggu result..
nak tanya kat akak macam mana nak masuk kolej nie...dan nak masuk kolej nie result kena yang macam mana???

-izzah-

-ilisyazwani- said...

Salaam izzah :)
err, bukan kak, saya pun baru habis SPM last year; tengah tunggu result SPM 2010 juga ;)

alhamdulillah,
saya masuk kolej ni guna result trial SPM 2010.

Kalau izzah nak masuk kolej ni guna result SPM , lepas keluar result SPM nanti, bolehlah daftar untuk kemasukan bulan Julai.

result macamana?
em, kalau nak masuk sini, result mcm ni>>> http://www.kyuem.edu.my/v2/admission.php

maklumat lanjut di laman web,
http://www.kyuem.edu.my

come and join US! insya-Allah, takkan rugi... insya-Allah... kolej ni mmg produce ramai pelajar terbaik dunia. :)

Anonymous said...

Thank 4 the information ili..
insya-Allah hope dapt la masuk kolej ni..
May ALLAH bless u..
-izzah-

Farhana said...

Salam adik..
Adik masih d kyuem ye?
Insya allah mudah2an inilah yg terbaik dariNya :)
Jangan risau, bi'ah solehah tu mmg kte x jumpa, bkn mcm masa sek dlu..
Tp tarbiyah allah itulah yg lebih penting kan..
Buat pengetahuan adik, kyuem sudah menyaksikan ramai pelajar2nya bertukar paradigma 180 darjah..
Yg dtg tak kenal tudung, bila grad dah bertudung dan byk ilmu agamanya..
Mungkin ini platform terbaik utk adik belajar sesuaikan diri sblm fly ke UK insya allah..
Cuba adik join aktiviti2 MUSCOM, insya allah mmg byk pengisian..
Semoga terus tabah ye.. :)

p/s: saya baru grad dr kyuem pd jun 2010

-ilisyazwani- said...

Salaam kak farhana,
akak batch eleven lah ya?
tkasih sudi berkunjung;

syukran juga atas sharing, terasa hikmahnya :)

akak skrg belajar kat mana?
^__^