Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, March 15, 2010

1/8&Tahniah!

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...





Apa Khabar semua? Mudah-mudahan sihat dan sentiasa berprestasi sama ada dalam aspek jism, ruhi dan 'aqal. terutamanya yang sedang bercuti sekolah seperti saya.
insya-Allah.

Baiklah, ada dua perkara yang ingin saya bawakan pada kali ini. tentang 1 daripada yang 8 dan ucapan tahniah yang serasanya perlu saya berikan kepada pihak-pihak yang sedang diberi nikmat. Mari kita masuk kepada isu pertama pada kali ini.

1) Sayidina Abu Bakar berkata:
Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:

– Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
– Syukur perhiasan kepada nikmat
– Sabar perhiasan kepada bala.
– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
– Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
– Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
– Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

8 perkara yang boleh kita renung-renungkan bersama-sama. Betapa hebatnya kita di sisi Allah , andai kita boleh menghiasi perkara-perkara yang baik dengan perkara yang lebih baik. Masya-Allah.

Dan pada ketika ini, saya tertarik untuk menyentuh salah satu daripadanya; Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.

Apa yang terbayang di fikiran saya tatkala mata meneliti pesanan yang ke-6 ini adalah tentang pembawaan dan tujuan jiwa seorang da'ie yang sedang menyeru. Teringat bila mula-mula masuk di madrasah dahulu, kami diperkenalkan dengan salah satu tanzim kepimpinan di sekolah, namanya Briged PRS. Dan semakin lama berkenal-kenalan dengan kakak-kakak dalam tanzim ini, kebanyakan antara kami yang masih 'keadik-adikan' merumuskan bahawa kakak-kakak (juga abang-abang) ini adalah segolongan individu yang pandai bercakap di hadapan, dan boleh melontarkan segala isi pemikirannya kepada pelajar-pelajar.

Masa berputar laju, usia kami pun semakin meningkat.

Dan pada suatu ketika, saya sendiri ditawarkan untuk masuk ke dalam jemaah tersebut. Dek kerana masih kurang jelas apa sebenarnya yang dibawa sebagai seorang yang dipanggil PRS ini, saya mahu sahaja untuk menolak kerana melihatkan diri saya yang kurang berkemampuan untuk bercakap-cakap di hadapan pelajar (selain di pentas perdebatan!, kerana sering dilatih dan apa yang dicakapkan lebih kurang sama sahaja~)

Seiring waktu yang berlalu, kefahaman pun bertambah.

Dan ketika ini, saya semakin memahami, menjadi seorang anggota jemaah atau yang sewaktu dengannya ini bukanlah persoalan tentang 'menjadi orang yang boleh bercakap-cakap' semata-mata, namun hakikatnya lebih daripada itu.


Menjadi orang yang bisa bercakap-cakap dengan tulus dengan hatinya, menjadi orang yang menyeru dengan hammasah yang lahir daripada keikhlasan hatinya, menjadi orang yang menasihati dengan hanya niat yang satu dan bersih, dan itulah, antara yang terpenting, menghiasi kata-katanya dengan kerendahan diri. Inilah saranan sahabat sejati Rasulullah S.A.W kepada kita semua; agar lebih mudah mendekati dan disayangi manusia seluruhnya.

Inilah penguasaan yang sangat dituntut dalam diri seorang daie. Bukan hanya hebat bercakap-cakap tentang hakikat islam, tapi semuanya hanya tinggal kalam. Namun, tentang penguasaan dalam membimbing manusia dengan kelembutan dan penuh tawadhu'. Kamu tahu apa itu tawadhu'? Mengambil jalan tengah di antara dua perkara yang membinasakan. Ya, sederhana. moderate. Tidaklah berlebih-lebihan sehingga membawa kepada kesombongan dan merendah diri sehingga membawa kepada kehinaan. Begitulah kita seharusnya sebagai manusia. sebagai muslim. ke arah membentuk diri menjadi muslim yang benar-benar berkualiti dan terbaik!

Ya, yang bisa menyeru ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran. Yang apabila dia bercakap, bukan hanya ada yang mendengar, tetapi juga mahu mengikuti apa yang diserunya. Bertitik-tolak daripada rasa merendah diri!

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan berkongsi dengan kamu semua. Bersama-sama kita berkongsi manfaatnya , insya-Allah.


-selingan semata-mata. foto suatu pagi di Paris,France;November2009.


2) Baiklah, yang keduanya, tidak terlupakan, selaku kaum kerabat yang baik, betapa saya disini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, kepada salah seorang kerabat saya, Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakir, Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd. kerana telah dianugerahi dengan anugerah berprestij yang telah diperkenalkan di negara kita sejak 15 tahun yang lalu, Malaysia's CEO of The Year 2009 oleh YAB Perdana Menteri, pada malam sabtu yang lepas. Berita selanjutnya, bolehlah dibaca di akhbar-akhbar yang kini sedang hangat memaparkan wajahnya. Alhamdulillah. Bersama-samalah mendapatkan khidmat daripada hospital-hospital KPJ di sekitar anda yang sentiasa menawarkan khidmat 'care for life'. ;) Dan semoga ayah saya, Dr. Shairi Abdullah akan lebih bermotivasi untuk bekerja di Hospital Pakar Puteri (KPJ's) yang pesakitnya semakin hari semakin ramai. Insya-Allah, seperti yang dijanjikan, doktor yang ikhlas akan mendapatkan ganjaran yang besar disisi Allah selepas guru. Dan seperti ucapan saya setiap pagi kepada bapa tersayang, Ayah, selamat bekerja! :) (juga kepada mama yang bekerja di hospital kerajaan ;)



Seterusnya , tahniah diucapkan juga kepada ikhwah dan akhawat batchsebelas yang berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM 2009. Sungguh, adik-adikmu yang dibawah ini turut menumpang bangga dan bersyukur. Semoga kejayaan batch ini membawa manfaat yang besar buat ummah. Tunggulah kami, insya-Allah berusaha melakukan yang lebih baik!


Terakhir, mabruk juga diucapkan kepada para pemain bola sepak B18 SM Islam Hidayah yang berjaya menggondol kejuaraan di peringkat MSSD setelah 15 tahun lamanya menanti. Pastikan , berdakwah melalui sukan bukan hanya tinggal slogan. Insya-Allah, menjadi anasir taghyir dalam bidang sukan di Malaysia!


Masya-Allah, sungguh, kejayaan besar yang mencurah-curah secara mendadak di sekeliling saya turut menempiaskan hammasahnya pada saya. Hammasah untuk terus berjuang dan menggapai najah bersama redha Allah! Insya-Allah, tunggu kami, di pihak yang lain berjuang dalam medan kami pula, di tahun yang terakhir di madrasah ini. Betapa kuatnya rasa ingin menyumbang sesuatu kepada institusi yang telah mendidik diri sekian lama. Mohon doanya selalu.


WallahuA'lam.Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
To Make People Understand.
Bicara-Sang-Khalifah2010.

*p/s : tidak ketinggalan, 15/03- sanah helwah 17 buat athirah kahar, teman yang selalu disisi kanan sejak tingkatan 3. Ucapan dan doanya di lain tempat sahaja ya. :)

2 komentar:

hazirahaza said...
This comment has been removed by the author.
-ilisyazwani- said...

Salaam kak hazirah;
syukran atas komentar :)
insya-Allah, akan terus hammasah.
mohon doanya untuk mengiringi perjalanan ini!