Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Sunday, January 31, 2010

menang?

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Setelah 11 tahun dihentikan daripada nikmat ini, maka, akhirnya :

30 Januari 2010 - Stadium Tan Sri Hassan Yunos , Larkin.

Abu Ayyub Al-Ansori [BIRU]

Johan Sukan Banat
Johan Sukan Tara Banat
Johan Sukan Tara Keseluruhan
Johan Perbarisan Terbaik [!]
Naib Johan Sukan Tara Banin
Naib Johan Sorakan Terbaik

dan...

Johan Keseluruhan Sukan Tahunan Kali ke-15
Sekolah Menengah Islam Hidayah,
2010.


Segala puji bagi Allah, atas kemenangan ini, moga kemenangan ini kemenangan yang diredhai Allah , insya-Allah.


Buat BIRU, dan lain-lain yang sedang menikmati kemenangan,
Jangan pernah dilupa hakikat yang satu ini. Hakikat bahawa sesungguhnya segala bantuan dan kemenangan [nasr wal fath!] adalah datang daripada Allah semata-mata. Jangan sampai kejayaan gemilang yang diraih ini menutup hati-hati kita serta mengaburkan mata-mata kita , sehingga terbit rasa dalam jiwa bahawa kemenangan yang dikecapi merupakan natijah usaha , susah payah dan penat lelah kita semata-mata. Na'uzubillahiminzalik.


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu
dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."
[110:1-3]

Inilah adab yang diajarkan Islam dalam menerima kemenangan, memperbanyakkan tasbih dan istighfar. Tasbih dialunkan sebagai lambang kerendahan diri serta kesyukuran kita sebagai hamba kepada Allah ArRahman, ArRahim walaupun dalam keadaan sedang diangkat darjat oleh Allah.
Istighfar juga jangan dilupa, kerana fitrahnya manusia yang sentiasa hidup dalam kondisi pasti khilaf. Moga segala kesilapan yang dilakukan sama ada dalam keadaan sengaja mahupun tidak, akan diampunkan oleh-Nya serta secara tidak langsung menganjurkan kepada kita semua agar terus berintrospeksi dan mereformasi ke arah prestasi yang lebih baik.

Wasilah yang dipilih dalam perjalanan menuju kemenangan juga mestilah wasilah yang diredhai Allah serta dicop halal oleh syara'; kerana najah yang kita inginkan sudah tentunya bukan kejayaan yang hanya menyebabkan pejuang-pejuangnya berseronok dan bersuka-ria apabila mendapatkannya, namun kejayaan dan kemenangan yang akan menambahkan keimanan hasil daripada berkat bantuan daripada Allah SWT!

Bukanlah tidak boleh bergembira, sementelah lagi, kita berada dalam pasukan yang paling lama tidak bergelar juara! Jadi, yah... umum pastinya maklum, perasaannya sudah tentu luar biasa gembira sehingga saya melihat ramai benar yang menangis! [saya pun tidak pasti kenapa?]. Namun , bergembiralah dengan cara yang diredhai dan akan tetap memelihara iman dan taqwa kita semua. takbir, tasbih dan istighfar! Apapun, rasa terharu apabila BIRU terus bersujud syukur di padang tatkala diumumkan kemenangan itu (walaupun tidak semua);
mungkin sebab itu takbir tidak berapa kedengaran; bertakbir dalam sujud!

Moga-moga nasr dan fath yang kita bersama peroleh kali ini,
adalah benar-benar kejuaraan yang diberkati.
Terus maju, Abu Ayyub Al-Ansori! :)

Di mana Abu Ayyub Al-Ansori;
Disini kami teguh gagah berdiri,
Demi perjuangkan semangat BIRU kini,
Insya-Allah kemenangan kami kecapi,
Ayuhlah BIRU,
Ayuhlah BIRU,
Ayuhlah bangkit kembali!

[nasyid asal : derap perjuangan]

WallahuA'lam. To Make People Understand.
Bicara-Sang-Khalifah2010.

*p/s : maaf, terlambat 30 hari post untuk bulan Januari di tahun yang baru ini. semuanya kerana bahana sukan! tetapi, nampaknya kerahan tenaga dan masa kami akhirnya diganjari Allah. ;)