Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Tuesday, December 01, 2009

Al-Ittihad.

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]


Image Hosted by ImageShack.us

Ittihad is Unity!

Alhamdulillah...
Sudah masuk bulan Disember. Bulan yang terakhir untuk tahun ini.
Moga segala aktiviti kita dalam bulan ini akan menaikkan prestasi diri kita disisi Allah juga kualiti diri sebagai Muslim, Insya-Allah. Doa saya untuk semua. Tidak ketinggalan juga , untuk yang sedang bercuti seperti yang menulis ini, sentiasalah beringat-ingat... Beringat-ingat dengan pesan Rasulullah SAW yang ini;


"Di antara kebaikan seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya"

[HR At-Tirmidzi]

Baru pulang daripada menjenguk khabar blog batch. Untuk makluman, saya merupakan salah seorang ahli generasi 12 di madrasah saya. Ya, ahli biasa sahaja (atau mungkin ahli aktif?) , kerana sudah diturunkan pangkat daripada mengetuai bahagian ekonomi. Wajarlah, berikutan ceteknya ilmu ekonomi dalam diri ini berbanding dengan sahabat-sahabat Abqari. Mudah-mudahan saya akan, tetap dan terus menjadi ahli biasa/aktif yang bermanfaat buat jiil harapan ummah ini. Insya-Allah.

Oh, dan blog itu sudah berwajah baru rupanya.
Scroll down, latest post. Hmm , tentang Baju Batch?
...

Seterusnya, saya menyambung pula jaulah saya ke blog adik-adik bungsu di madrasah untuk tahun ini , batch yang ke-15.
Scroll down, latest post. Hmm , yang ini lagu batch pula?
.......

Isu wajib yang saya kira tidak boleh tidak , pasti timbul menjadi topik perbincangan dalam setiap batch, menurut telahan saya. Isu-isu yang merupakan hasil cetusan idea daripada insan-insan prihatin dalam batch masing-masing. Buat baju batch , pilih lagu batch , reka logo batch dan sebagainya. Kamu lebih arif.

Isu-isu ini tiba-tiba menjentik fikiran saya untuk berfikir sesuatu. Dan saya mahukan jawapan. Kenapa timbulnya idea-idea seperti ini? Walhal pihak madrasah sendiri sudah mereka dan menjual baju dalam empat warna yang sudah sedia tercetak logo rasmi. Juga mempunyai lagu rasmi sendiri meski tidak selalu dinasyidkan. dan, bohonglah sekiranya kamu tidak menyedari madrasah kita ini mempunyai logo rasminya sendiri. Lihat saja di sebelah pagar hadapan madrasah.

Lalu, kenapa?
Mungkin...
kerana keinginan untuk membina identiti dan
al-ittihad.

Ya, setiap kelompok batch mahukan identiti masing-masing yang membezakan mereka dengan batch-batch yang lain. Dan serasanya, ideologi ini bukan hanya terhad sekadar kelompok batch di sekolah. Namun saya yakin setiap kelompok mahukan identiti tersendiri supaya mereka boleh dikenali dengan identiti tersebut. Identiti yang akan menjadikan mereka segolongan manusia yang unik, dan nampak bersatu. Bila memakai baju batch, semuanya akan nampak sama, regardless of their classes. Bila mempunyai lagu batch, mereka akan melaungkan senikata yang sama, tanpa mengira sebarang perbezaan.

Dan, saya yakin kehendak-kehendak seperti ini timbul kerana masing-masing mahu mencipta dan melihat satu kesatuan dalam kelompok masing-masing pada zahir dan mungkin juga pada hakikatnya. Ya, perkara ini semestinya berkaitan dengan fitrah manusia yang mencintai kebaikan. Dan dalam konteks ini, kebaikan yang berupa Al-Ittihad ataupun kesatuan/perpaduan. Betapa jelasnya terlihat bahawa manusia amat mendambakan kebaikan yang boleh diperolehi menerusi kesatuan yang dibina dalam kelompok masing-masing.



"Adapun manusia itu asalnya umat yang satu, lalu Allah mengutuskan para nabi yang membawa khabar gembira dan juga peringatan;" [2:213]


Maka, secara tidak langsung, saya mengira ini merupakan bukti autoritatif yang jelas bahawa kesatuan atau pun al-ittihad ini merupakan suatu fitrah yang telah teguh tertanam dalam setiap jiwa manusia. Ya, tanpa mengira umur. Bahkan , serasanya andai ada pelajar tadika zaman kini yang berfikiran matang , saya yakin mereka juga pasti menyuarakan hasrat untuk membuat baju batch atau paling tidak pun mereka logo batch sendiri kepada guru tadika mereka! Hmm... macam-macam... Biasalah, sepertimana yang kelompok nenek-nenek selalu kata, "macam nilah... budak-budak zaman sekarang!"

{Islam merupakan agama fitrah};
-Quote ini sudah pastinya lazim kita dengari, betul? Dan hakikatnya, antara fitrah yang dibawa oleh Islam adalah kesatuan. Di mana , pada asasnya Islam itu sendiri, telah Allah letakkan kalimah 'syahadatain' sebagai teras kesatuan ummah. Syahadatain yang seharusnya menjadi misi seluruh umat Islam di muka bumi Allah ini. Misi yang harus difahami, digalas dan dilaksanakan SEGALA tuntutannya! Dan sepatutnya dengan kalimah penyaksian inilah , ummah disatukan. Namun, sayangnya kini, perpecahan dalam kalangan umat fitrah inilah pula yang paling jelas terlihat. Oh, tidak, saya bukan cuba membuka pekung di dada... Namun, ini hakikat yang semua pastinya sudah maklum, termasuklah kamu.

Image Hosted by ImageShack.us

Terjadinya perpecahan, antaranya tatkala terdapatnya golongan yang lari daripada ketaatan terhadap agama ini. Pandai-pandai pula menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal... Muhasabahlah diri, mungkinkah kita juga termasuk dalam golongan yang menyumbang kepada perpecahan ummah ini? Meskipun secara tidak langsung... dibalik semangat yang berkobar-kobar untuk membuat baju batch dan sebagainya; demi kemaslahatan batch, katanya. Introspeksilah diri masing-masing... Kita punya agenda yang lebih besar... Misi menyatukan ummah ini!


Image Hosted by ImageShack.us


Apapun, usaha membuat baju batch yang baru sahaja dicetuskan oleh seseorang dalam batch saya [generasi 12] ini, amatlah saya puji dan persetujui. Biarlah, mungkin dalam era-era pemikiran kita yang masih belum terlalu matang , idea-idea seperti inilah yang timbul mengikut takat kemampuan untuk dilaksanakan bersama-sama atas nama sebuah kesatuan. ya, kerana fitrah kita menginginkan kesatuan. Akan datang, insya-Allah, dengan minda-minda yang sama ini jugalah kita akan berdiskusi untuk melahirkan solusi-solusi yang lebih baik untuk memantapkan kesatuan serta menyatukan ummah; bermula daripada idea membuat baju!

Oh saya teringat ini pula... petikan lirik nasyid kanak-kanak...


Come on young Muslims, gotta rise up.
Come on young Muslims.
Together we must stand in the Masjid to pray,
Pray for a better day, a better way
To make this world a better place.
Cause lets face it, it’s out of control.
We need to grab hold of each other
unite as one Ummah.


-A Child's Prayer, Zain Bhikha , Rashid Bhikha & Naadira Alli.

Moga ittihad antara kita terus mantap, insya-Allah. Untuk ummah ini!

WallahuA'lam. Allahumma Solli 'Ala Muhammad
To Make People Understand™.
Bicara-Sang-Khalifah2009

0 komentar: