Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Tuesday, August 04, 2009

sakit?

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]



Image Hosted by ImageShack.us



" pernah dengar penyakit I.L.I?"
" penyakit apa?"
" Influenza Like Illness...I.L.I"

"............."


situasi kini : Masya-Allah , orang sakit sana-sini...

"Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." [21:35]

Bukan mudah menghadapi situasi seperti ini. diuji dengan sakit yang semakin parah, kalau tidak sabar mungkin saja boleh naik darah-- saya teringat akan sebuah quote , kamu pernah dengar ?
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik."
Dan dengan situasi kini, pasti ramai yang sedang merasa 'diajar'. Sakit memang perit, tapi datangnya seiring dengan hikmah yang boleh dicungkil.

"Ada dua jenis nikmat yang sentiasa menyebabkan manusia lupa dan leka; iaitu nikmat kesihatan dan juga nikmat masa lapang." [Alhadith]


Biarlah sakit sekejap, asal jiwa sempat merasa sedar dan bangkit daripada lupa dan leka. Rasanya , setelah seluruh dunia maklum tentang h1n1 ini, demam biasa-biasa pun boleh jadi luar biasa isunya. Lagi-lagi di madrasah tercinta kini, yang telah ditutup lantaran ada pelajar yang positif h1n1 dan separuh pelajarnya serta sebahagian guru yang terkena demam biasa-biasa! maka datanglah soalan yang perlu dijawab, bagaimana pula hendak memanfaatkan cuti yang mendatang ini dan menjadikan cuti ini bermanfaat?

Terpulang pada diri masing-masing. Ada sahabat sekelas berpendapat, cuti percuma untuk anak-anak Hidayah ini mungkin sebagai gantian dari Allah untuk cuti-cuti yang lepas.

"Kenapa?", saya bertanya.
"Yelah, lihatlah sekolah kita ni banyak sangat program, sampai cuti pun tak jadi cuti... kursus lah kem lah.."

Saya tersenyum sahaja. Dialah barangkali yang terlalu aktif di waktu cuti. Lihat saja bagaimana dia bakal memanfaatkan 'cuti ganti'nya itu. Saya pasti akan bertanya khabarnya setelah naik sekolah nanti. Terlebih dahulu, ucapan tahniah saya sampaikan buat yang berjaya memanfaatkan cutinya kali ini! Moga Allah redhai segala amal perbuatan kita.

Buat yang masih sakit, sabar. sabar. mungkin Allah sedang berbicara dan mengajar sesuatu melalui ujian itu.

“Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. ” [Alhadith]

WallahuA'lam. To Make People Understand.
Bicara-Sang-Khalifah2009

0 komentar: