Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Saturday, June 27, 2009

AkhirulAnba'

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Image Hosted by ImageShack.us

Suatu hari saya bertanya kepada adik-adik di madrasah;

"Siapa di sini tak suka baca suratkhabar?"
Ada yang mengaku.
"Siapa di sini sebenarnya suka baca suratkhabar , tapi malas?"
Lebih ramai yang mengangkat tangan.

hm, tak boleh jadi ni.....
meski malas atau tidak suka , konklusinya , tidak membaca!

---------------------------------------

Tetapi, jangankan mereka yang ditanya, rasa-rasanya kalau tidak kerana saya menceburi bidang yang menuntut saya mengetahui tentang isu-isu semasa, mungkin saya juga tidak memandang suratkhabar, nikmat ilmu yang dicampak di halaman rumah setiap pagi. Buktinya, menjelang debat antarabangsa MUSLEH , saya hanya menyinggah di satu checkpoint ; bahagian DUNIA di jaridah berita harian, dek kerana khabar angin berkata, usul-usul gagasan kali ini hanya berbentuk global! niat, niat....

Hakikatnya , beribu manfaat yang dapat dirasai oleh insan-insan yang prihatin akan isu semasa. terutamanya sebagai muslim. Berkembangnya populasi muslim yang cakna ummah , akan lahirlah masyarakat yang sering bermuhasabah dan menyelesaikan masalah. Al-Quran menuntut supaya manusia menyelesaikan segala masalah yang melanda umat bersama-sama. Soalnya, bagaimana mahu merungkai masalah atau membantu ummah, andai masalahnya juga tidak kita tahu? ....saya juga masih cetek ilmu dalam konteks isu semasa ini.

Setakat pergolakan di Pakistan ,
Krisis pilihanraya di Iran ,
Subjek SPM yang dihadkan,
H1N1 yang semakin membimbangkan ,
hanya berita-berita seperti ini, tahulah...


Isu semasa juga boleh dianggap sebagai komponen tambahan dalam kotak ilmu pengetahuan manusia. Tiada ruginya.... dan serasanya lebih baik jika kita bukan setakat membaca dan mengetahui , namun belajar juga menganalisis akhirul anba' ini melalui perspektif diri sendiri. Contohnya? Saya agak tertarik dengan ulasan ini : klik sini

" Antum a'lamu bi amri dunyakum... "
[Al-Hadith]

Kita lebih tahu tentang dunia. Itu diakui oleh Rasulullah SAW sendiri melalui sabda semasa hayatnya. Sahutlah cabaran ini , jadikan diri sendiri lebih cakna akan kondisi penghuni bumi!

Rasulullah SAW bersabda ,
" Tidak dihimpunkan sesuatu kepada sesuatu lebih baik dan utama daripada ilmu kepada sifat belas kasihan..."
[HR At-Tabrani]

WallahuA'lam. To Make People Understand.
Bicara-Sang-Khalifah2009

2 komentar:

sayapunyer said...

Yup ,

ramai remaja-remaja yang tak baca surat khabar aka malas nak baca surat khabar..

Bukannya susah pun, kita hanya perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit pun jadilah untuk surat khabar tu..

Jadikan amalan membaca, budaya kita

-ilisyazwani- said...

...dan masalah lebih besar adalah,
membaca suratkhabar tetapi tidak mengambil sebarang iktibar!