Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Friday, May 01, 2009

AllahuAkbar!

Bismillahirrahmanirrahim


" Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". [3:126]


Image Hosted by ImageShack.us
-biggest participation ever ; 230 teams , 914 debaters!
...Dan inilah yang terjadi apabila bintang Islam mula mendaki dan menawan puncak aspirasi perdana!
Berita Harian , 01/05/2009 , Bahagian Pendidikan , m/s 14.

PENDIDIKAN
SM Islam Hidayah muncul juara debat antara sekolah
01/05/2009
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

SEKOLAH Menengah (SM) Islam Hidayah, Johor Bahru membuat kejutan apabila memenangi Pertandingan Akhir Debat Antara Sekolah-sekolah kali ke-8 kategori bahasa Melayu, di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, kelmarin.

Dalam persaingan merebut Piala Tun Sri Lanang, sekolah yang pertama kali mara ke pertandingan akhir menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star), Ipoh.

SM Islam Hidayah bertindak sebagai pasukan kerajaan berjaya menarik perhatian panel hakim dengan mengemukakan hujah bernas menerusi perdebatan ‘Undang-undang Jawapan Terbaik Kepada Masalah Kebejatan Moral’.

Membariskan Ili Syazwani Shairi, Nur Liyana Zakaria, Ilham Nasharuddin dan Abdullah Zubayr Mohd Aizaini, sekolah berkenaan pada peringkat suku akhir menewaskan SM Agama Persekutuan Kajang dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka (separuh akhir).

Penguasaan SM Islam Hidayah turut menyerlah dalam kategori Bahasa Inggeris apabila mara ke peringkat akhir dengan berdepan pendebat SM Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, yang diwakili Png Ning, Sean Law Li Hao, Ida Thien Feng Feng dan Julie Chow Yew Li.

Bagaimanapun, sekolah itu terpaksa menerima kenyataan apabila tewas kepada SMK Green Road yang akhirnya muncul juara sekali gus membawa pulang Piala Munsyi Abdullah.

SMK Green Road menundukkan SM Islam Hidayah dalam perdebatan bertajuk This House Would Allow Shorter Prison Sentences For Prisoner In Exchange For Donating Their Organs.

Juara bagi kedua-dua kategori berjaya membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM3,000, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Manakala naib juara kedua-dua kategori menerima wang tunai RM2,000 piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Pendebat Star, Mohamad Asyraf Che Ibrahim diumumkan peserta terbaik pertandingan akhir kategori Bahasa Melayu, manakala Ida Thien (Bahasa Inggeris).

Pendebat terbaik keseluruhan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (berdasarkan kedudukan individu selepas enam pusingan awal) masing-masing diraih Ahmad Ashraf Ahmad Shaharudin dan Mohd Reza Abadi, sekali gus menerima wang tunai RM300 dan piala.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Hadir sama, Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid.

Sementara itu, ketua pasukan SM Islam Hidayah, Nur Liyana ketika ditemui mengakui tidak menjangka kemenangan terbabit, tambahan pula ini adalah kali pertama bertanding di pertandingan akhir.

Sebelum ini, katanya, pasukannya sekadar mara sehingga peringkat okto final dan kejayaan diraih disifatkan mengejutkan kerana berjaya menewaskan pasukan berpengalaman.

--------------------------
*Pembetulan ya di 2 perenggan terakhir [kesilapan di akhbar]
1) Ketua pasukan SM Islam Hidayah ialah Ilham Nasharuddin.
2) Pasukan ini tidak pernah mara ke peringkat okto final pada tahun lepas.



" Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " [6:165]

Benarlah , Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi- AllahuAkbar!
-Nantikan majalah
e@siswa Julai 2009


Bicara-Sang-Khalifah2009

7 komentar:

Amy Hakim said...

Tahniah! :)

pencinta bahasa said...

salam taaruf dan salam ukhwah..
ana dr skola lain..ana ade tgk final match kt IIUM hr tu..nak ucapkan TAHNIAH..MABRUK ALAIK..

p/s:ukhti jd PM ke TPM mse final hr tu?

-ilisyazwani- said...

@ Amy Hakim;

Alhamdulillah; terima kasih!

@ pencinta bahasa

salaam ukhuwwah fillah juga;
-jazakillah atas ingatan dan sokongan, mohon doanya juga untuk kami teruskan perjuangan ini.

ana yang jadi PM :)

eis said...

ili, tahniah!!!
kem slm kt liyana nnt...
wish congrate kt dy gk!
keep it up!!

-ilisyazwani- said...

@ eis
Syukran kak Hajar atas ingatan...
^___^
insya-Allah, salamnya akan disampaikan..

aRiFF hAFIZi said...

slm, tahniah ats kjyaan anda..
keep it up!!

現在建築式™ said...

My Blog
http://www.wretch.cc/blog/markacey
Nice to meet you
Hsinchu, Taiwan