Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Friday, December 26, 2008

kental?

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

sebulan lebih tidak menjengah--

saya diminta berbicara tentang ini;

gen-y.
siap menggalas misi syahadatain [7:172]!
-sebelumnya maaf andai bicara ini tiada manfaatnya buat yang membaca.

Image Hosted by ImageShack.us

Cheneh Recreation Resort , Kemaman.


baru lepas pulang menghadiri Ekspidisi Remaja Kental Nasional [XRek08] di CRR dan Pusat Latihan Khidmat Negara [PLKN] KLCC , Kemamang (serta lawatan sambil menginap percuma di Sek. Al-Amin Kemaman), Terengganu. Daerah yang simple 'n' easy bak kata pokcik Zameran.

oh- dan di sana saya bertemu berbagai-bagai jenis penghuni dunia. Yang sedia dikenali dan yang baru dikenali. Berbagai-bagai cara manusia berfikir, bercakap (slanga?), bertindak dsb. Baru saya sedar, besar rupanya Malaysia ini ya. Baru dipisahkan beberapa 'tanoh' , bunyi cakapnya sudah lain. Belum dilihat daripada aspek fikrahnya lagi;. indah ? :) Terlihat warna-warninya saf dakwah [g4] ini.

sepanjang 5 hari itu (inc. perjalanan pergi-pulang) , kami diberi peluang (yang bukan percuma ya, $_$) untuk sama-sama menilai karakter dan fikrah masing-masing. ah, selama bernaung di bawah bumbung madrasah, saya seperti merasakan "kira agak OK lah" fikrah remaja sebaya saya yang ummah miliki masa kini-- rupanya mungkin belum OK. (mungkin saya selama ini hanya melihat kepada keadaan di madrasah sahaja dan langsung membuat tanggapan, begitulah fikrah insan-insan yang bernaung di bawah bumbung yang lebih kurang sama jenisnya dengan saya!) Sudahlah dikatakan bukan calang-calang peserta yang boleh menyertai program ini. semuanya imtiyazul fa'iqah (pinjam sebentar ya , imfaq!) dari setiap negeri. bila sampai sana.... iya ke ni? -itulah kenapa reformasi itu sentiasa perlu!

bertambah pelik bila,

"kat sini yang paling ok pun, budak-budak Hidayah JB laa..."
-urusetia xrek08 -KRjTganu
-


saya tertanya² ; OK daripada segi apa tu agaknya? menjaring perhatian? memang warisan tradisi - no.1, selain itu? apa sahaja manfaat yang kami sebarkan?- wallahuA'lam.

apa yang saya dapat? sudah tentu berbagai-bagai juga pengalamannya-- merasai suku-suku (tak sampai setengah, pun sudah ramai macam nak menyerah!) suasana dakwah , perasaan, dan pekerjaan pejuang-pejuang terdahulu. ruba'ie amir , mus'ab umair , usamah zaid , hassan al-banna , aisyah r.a , hafshah umar & sudah pastinya junjungan tercinta , nabi Muhammad SAW dsb. (susah rupanya mahu mengembala kambing! itu syaratnya menjadi nabi- harus pernah mengembala kambing, masya-Allah, betapa sabarnya mereka....)


Image Hosted by ImageShack.us

semua yang 'datang' pasti kembali


& menyelami sedikit sebanyak gaya kehidupan mereka dalam bentuk² aktiviti yang disajikan. Masya-Allah! indah-indah,--


" Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam) nikmat yang menyenangkan hati;" [32:17]

--Segala puji bagi Allah.

apa konklusinya?

oh, sedar²lah. ilmu masih cetek. bawah garis kosong. jauh beza mahu dibandingkan dengan ilmu Sultan Muhammad al-Fateh sewaktu usianya seperti-seperti ini. (jauh atau tak terbandingkan?) walaupun di waktu kecilnya beliau juga lebih memilih untuk bermain² berbanding menuntut ilmu hingga membuatkan Sultan Murad (ayahandanya) cukup risau ketika itu, tapi akhirnya sedar juga beliau akan kepentingan menuntut ilmu sehingga menjadi ketua yang baik yang memiliki rakyat serta tentera yang baik seperti yang dikhabarkan dalam hadith Nabi SAW. yang kita ini? kok main² terus sampai sekarang! dan nampak gayanya masih belum cukup untuk menjadi yang bermanfaat, jikalau hanya fizikalnya yang kental!

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan " [96:1]
- rabb zidna 'ilman warzuqna fahman!

**teringat sewaktu round-round petang di Al-Amin Kemaman , lihat-lihat - berbeza rupanya dengan madrasah saya. suasana dan pelajar-pelajarnya tenang-- (pelik ya sudah tengah2 disember waktu itu, masih lagi ke sekolah! - Kem tahfiznya juga sangat tenang, tidak perlukan ajk disiplin macam......) dan saya agak optimis tiadalah budaya yang namanya mencari publisiti di situ! Apapun, di hati, madrasah saya tetap pilihan terbaik!- insya-Allah.

Image Hosted by ImageShack.us

petang @ Al-Amin , Kemaman.
Jemput lungsuri laman kami = http://misi-syahadatain-gen-y.blogspot.com
ProDuCe Gen-4

WallahuA'lam

To Make People Understand.

Bicara-Sang-Khalifah2008

2 komentar:

moslem gurl said...

my school...
actually...

-ilisyazwani- said...

i knew that :) salaam ukhuwwah.