Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Saturday, November 15, 2008

senang²

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]


Image Hosted by ImageShack.us



" dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu tertentu ; " [10:98]


dan....saat 'bersenang-lenang' sudah tamat! ini saatnya kembali berlumba-lumba menghafal ayat-ayat cinta; 16 nov-5 dec 2008. Lama tidak pada pandangan kamu? Namun, tetap berasa sangat bertuah kerana tempoh inilah yang melarikan sebahagian kami daripada kesenangan dunia yang melalaikan pada musim penggugah iman ini. Biarlah berpayah-payah; asalkan dapat mengenggam separuh jaminan ketaatan pada Allah di musim cuti ini!


Menunaikan hak Allah. Satu perkara yang boleh jadi cukup BERAT di musim bersenang-senang ini!; kecuali orang yang sangat cintanya pada Allah. Sepatutnya memang sudah menjadi resmi hamba , menuruti perintah tuannya. (Jadi, kita ini bagaimana?) Adakah kadangkala "ter"-jadi hamba yang (nakal?) mudah lalai kerana tuannya tidak terzahir di pandangan mata? Oh; Itulah pentingnya IHSAN!

Masih ingat apa itu IHSAN? atau sudah lupa kerana hampir sebulan meninggalkan buku pendidikan Islam? (rakan seangkatan lah ni khususnya!) -Lupa literalnya tidak mengapa , asalkan masih kukuh di hati!

Letakkan barang pada tempatnya ; :D sebaris ayat yang sering saya ulang-ulang kepada 'adik-adik fatayat' 6 bulan yang lalu. Itu juga termasuk dalam hukum IHSAN. Beri hak kepada yang sepatutnya sebagai pertukaran antara hamba dan tuannya.

" Dan milik-Nya meliputi segala apa yang ada di langit dan di bumi , dan kepada-Nya lah (ibadah dan) ketaatan selama-lamanya; " [16:52]


Sahih lah tu ; "Kerehatan tidak wajar bagi orang yang berakal!"
-blog rehat : 16 nov - 5 dec 2008.

Bicara-Sang-Khalifah 2008

0 komentar: