Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Thursday, August 21, 2008

roq

Bismillahirrahmanirrahim. [96:1] -edited-

oh hari ini rupanya;

Kalau sebut 31 Ogos pasti umum mengingati hari 'istimewa' itu ya; Bagaimana dengan awal beberapa hari sebelumnya? 21 Ogos.


Betapa saya bersyukur menjadi warga madrasah yang begitu mendidik, andai tidak, maka mungkin saya termasuk dalam golongan yang mengenali 21 Ogos juga sebagai tarikh-tarikh biasa yang lainnya. Apa kesan yang termanifestasi daripada kejadian pada hari tersebut? OIC ditubuhkan. oh, mungkin itu setakat pandangan orang-orang debat je. Baik, mari sejenak memakai kasut seorang yang prihatin terhadap kisah-kisah umatnya. 38 tahun yang lalu.....


" Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras. "

petikan jaridah Utusan Msia ; 2008.


Ya, 21 Ogos Hari Al Quds Sedunia @ ROQ. Makin ramai manusia yang meng'ingati' tarikh ini, maka makin cerahlah jalan untuk pembebasan palestin dan membuka jalan untuk membantu saudara-saudara kita me'nikmati' tanah suci Al-Aqsa selayaknya bagi mereka. Balik-balik itulah dia kuncinya ; Ittihad asas an-najah.

Hampir setiap hari kita disajikan episod bersiri penindasan warga Palestin. Maka , sudah tentu yang terbuka hatinya merasakan tidak cukup hanya dengan menontonnya di kaca televisyen sambil mengomel sendiri! (spt ini ; tiada beza reaksinya dengan golongan yang lain) Hulurkanlah yang semampunya. Paling tidak, berdoalah.

Sekadar mengajak anda mengenang tarikh tanah suci ketiga itu dihina sedemikian rupa. Namun, saya optimis , yakin dan percaya (!) anda bukanlah daripada kalangan yang tidak tahu. Islami Ya Quds!

" Dan engkau tidak meminta imbalan apa pun kepada mereka (terhadap seruanmu itu) kerana (seruan) itu adalah pengajaran bagi seluruh alam "
[12:104]
Oh, tiba-tiba teringat alunan jihad yang sering dinasyidkan di madrasah;

Tekad
-Izzatul Islam-

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho di hati
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da'wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi
WallahuA'lam.
*dan 21 ogos 1 tahun yang lalu , saya mendapat nikmat menyertai alif-sin-qof buat pertama kalinya :), alhamdulillah. lbh mengenal diri sendiri dan Allah. man arofa nafsahu faqod arofa robbahu!*
Bicara-Sang-Khalifah2008

0 komentar: