Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Saturday, August 16, 2008

seminar?

Bismillahirrahmanirrahim. [96:1]

Sungguh berani manusia mempertaruh maruah diri sebagai gantian.

Usai hari pertama seminar PMR Berita Harian di UTM. Ilmunya, alhamdulillah. Mengetahui pelbagai benda baru, dan termasuklah persepsi masyarakat di luar sana terhadap madrasah ku tercinta. (yang mewakili % besar dalam ruangan tersebut) Malunya apabila madrasati dihina depan beratus-ratus pelajar secara tiba-tiba tanpa sebab; Begitu rendah rupanya tanggapan manusia terhadap sekolah Islam? Inilah salah satu masalah umat kini, mungkin. (terbelenggu!) mudah-mudahan tanggapan itu bakal membawa 'ibrah yang baik untuk semua. Pandangan daripada fikrah masing-masing adalah subjektif. Tiada khilafnya. Hanya pada rasa thiqoh dan yaqin manusia serta landasan ad-deen yang membezakannya.

Lepasnya mulut manusia apabila menuturkan kalam. Tanpa sedar.
Ingat, semuanya bakal dipertanggungjawabkan. Oleh diri sendiri.

"Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggungjawabkan" [17:36]

WallahuA'lam.
Bicara-Sang-Khalifah2008.

0 komentar: