Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Thursday, July 10, 2008

jiwa

Bismillahirrahmanirrahim. [96:1]

Terpandang susunan huruf yang menghiasi meja di madrasah ;

Berkatilah setiap semangat JIWA 'tuk selalu berJUANG di jalanMu
TerJAGAlah HATI yang kadang redup , tertiup angin duniawi.


Baru pulang dari madrasah. lambat? lambat bersebab.
Usai mendapat suntikan daripada halaqah. Mengimbas kembali , sempat membincangkan tentang Persidangan D-8 Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun baru-baru ini. (oh, sudah lama tidak mendengar perkataan 'persidangan', rindu!) Kalau bukanlah negara kita tercinta ini menjadi tuan rumah , sampai bila-bila pun mungkin kewujudan tanzim ini tidak diketahui umum. atau mungkin setidak-tidaknya orang seperti saya yang bagai katak di sebelah tempurung! Kami meng'kaji' apa saja yang mereka bincangkan, sektor perdagangan , tenaga , pelancongan etc. Mengumpul 'ilmu dan iktibar.

Rakyat mungkin berasa 'bangga' kebajikan diri di ambil berat. Tapi, jujur dirasakan
mungkin lebih indah dan seronok andai mereka membincangkan tentang masalah 'dalaman' yang melanda umat kini. Sungguh banyak, Manusia berkata , kita lawan musuh kita sepertimana yang diserang. Mungkin kita masih belum mencapai tahap tersebut, bak kata orang-orang debat (heh~) 'belum berani berlawan secara bersemuka nampaknya , tuan yang dipertua! ' Malah , ada jiwa yang lebih teruk, hanyut dalam rentak yang disajikan musuh-musuh umat yang sejahtera ini.

Saya pasti ada 2 orang di kawasan 81110 tersenyum-senyum membaca post saya ini.
istighfar, jiwa dan taqwa. iyalah, jiwa saya sudah rindu debat. Pada masa yang sama, merasa ragu-ragu untuk rindu! Setelah mendengar pendapat Imam Hassan Al-Banna, bahawa perempuan tidak perlu menceburi bidang-bidang seperti ini, (lughah etc.) Ini pun saya dengar daripada halaqah imaniyyah juga. oh, terkejut dan terfikir.
Mungkin manusia lain mendengar dan mentafsir bahawa ini adalah pendapat semata. Tapi, pengungkapnya yang hebat buat saya berfikir-fikir. Patutkah saya meneruskan perjuangan dalam bidang-bidang ini lagi?

Oh , apa ini saya sudah lari tajuk. esok, BELAJAR-THON II 2008. Selamat untuk semua.

" di Hari Akhirat , tiada bergunalah orang yang datang pada Allah dengan harta. HANYA diterima JIWA yang MUTHMAINNAH. Mudah-mudahan jiwa kita diberkati dan diselimuti taqwa. "

" Dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang dia kehendaki; "
[28:68]
Bicara-Sang-Khalifah2008

0 komentar: