Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Tuesday, July 15, 2008

hijrah

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]

Mahu cerita apa?

khusus buat sahabat segenerasi {12} yang dengar-dengarnya sudah ramai berkunjung ke sini. Insan lain, mungkin tidak mengerti.


Baik , satu lagi kisah harian di madrasah tercinta. Baru terasa beratnya penghijrahan. Manusia ada menasyidkan , Hijrah satu wawasan , hijrah menuju Allah dsb. ; Lalu apakah hikmah di balik penghijrahan warga generasi saya baru-baru ini? hijrah yang sungguh aneh di mata-mata
warga madrasah umumnya. Setiap kejadian berlaku atas rasional tersendiri dari Allah. Rasional yang pastinya zero kelompongan dan cacat celanya. (bukan seperti di parlimen ;) Penghijrahan yang direncana oleh Allah ini mungkin turun sebagai satu ujian atau nikmat buat kita.

Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. [3:154]

Mahu melihat sejauh mana tingkatan redha dalam hati-hati hambaNya; Maka , belajar untuk IKHLAS. Moga-moga ini yang terbaik. Setiap jiwa insyaAllah akan dihantarkan tanda-tanda kebesaranNya yang sarat dengan hikmah menerusi penghijrahan ini. Terutamanya buat golongan yang berfikir.

Masih Tertekan? solat dan bersabarlah. :)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat; [2:45]

Belum masuk kisah penghijrahan warga generasi ini ke pelbagai madrasah pilihan tahun hadapan. Macam-macam cerita sudah sampai ke telinga. Khususnya dengan kisah sahabat-sahabat 'seperjuangan' ini. Pun ada juga yang mahu pergi. lagi-lagi dengan kuatnya kuasa tarikan magnet tarbiyyah dari bumi Jeram. sungguh menggoyahkan jiwa. ;)

Selamat membaca perjalanan hidup dengan mata hati. Moga kita diberkati. Selamat berhijrah!

Bicara-Sang-Khalifah2008

0 komentar: