Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Thursday, June 05, 2008

syukur

Bismillahirrahmanirrahim.

"Barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji." [31 : 12]

i. Syukur. Selamat menjejak Malaysia kembali. rindu, Sungguh indah bumi kita! balik sini, berita pertama sampai di corong telinga saya : Minyak naik harga jam 12 malam ini. Dan, benar, sepanjang jalan pulang ke Johor dari KLIA, memang seperti tengah pesta minyak. Semua penuh! Ayy, masih bawah umur, belum ada kereta, tapi terasa juga bahangnya! Tak usah mengutuk lah kan, bersyukur sahajalah, wahai rakyat Malaysia. Minyak naik harga, nikmat atau musibah?

ii. Jaulah kali ni mengajar diri lebih bersyukur. Atas segala-galanya. Alhamdulillah. cerita-ceriti sikit ya; Di sana kekurangan tanah, lantas manusia mengambil pelbagai inisiatif untuk terus hidup. dibina pencakar langit, atas bukit-bukau, bawah tanah bahkan atas air! Sahihnya cerita buku sejarah tingkatan tiga, Bila kesusahan, manusia mencari jalan penyelesaian dengan memerah minda secara kreatif dan kritis habis-habisan!

Negara ini seperti klon Singapura. Cuma besar dua kali lipat. Masyarakat Islam di sana tak besar. (super terang lagi bersuluh!) Masjid ada 4 sahaja dalam negara bekas jajahan british itu.
Macam-macam rupa. Satu sahaja masjid yang memang sekali pandang, logik akal mengesahkan! Alah, masjid tidak semestinya mewah, cantik, lawa au ada kubah besar-besar.
Teringin nak tengok 'masjid pertama' yang dibina junjungan kita dahulu. Keseluruhannya, Betapa sekiranya dibandingkan dengan negara kita, mungkin jauh bezanya. luas tanah
yang dihalalkan Allah buat rakyat Malaysia ni. Umat Islam juga lebih aman hidupnya disini.
sekali lagi, Syukur, Alhamdulillah.

"agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah; " [22:28]

iii. Kata si manusia, Hidup menuntut mujahadah berterusan. Akal pantas bersetuju. Sungguh kita patut bersyukur dipermudahkan segala urusan. Lagi best, kalau berkat nawaitu kerana Allah. bak kata sang Semut dalam Ikan, Laron dan Semut :

" Dan semut pun menjawab, Tiada lelah..
Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,
Karna setiap saat, dalam bekerja, bersama Tuhanku
.."

sudah lama jatuh hati dengan Ikan, Laron dan Semut. nyanyian Fatih. menawan hati! :)
Bicara-Sang-Khalifah2008

2 komentar:

Aliya Khair said...

esok KBM!
ili pegi x?

ilisyazwani said...

beg? checked.
minda? checked.
jiwa? checked.
niat? checked. (insyaAllah)

ok,
:-) insyaAllah pergi...