Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Sunday, May 18, 2008

ujian

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada suatu pagi yang super gelap~;

oh , blackout. hitamkeluar lagi nampaknya kawasan ini.

la ba'sa , (tukarkan masalah kepada peluang)
hitamkeluar ini boleh diraikan dengan belajar;
kerana tiada perkara lain yang boleh dilakukan, betapa hidup manusia
zaman kini bergantung pada kuasa elektrik!

Beberapa waktu kemudian, dengan izin Allah, elektrik kembali. Radio terpasang,
terus melagukan seperti ini :

" .... Ujian adalah tarbiyah dari Allah , apakah kita 'kan sabar ataupun sebaliknya.."

eh eh, bijak pula radio ini, baru lepas blackout, terus menyanyi macam tu~; :D tiada apapun yang dinamakan kebetulan , bahkan sehelai daun gugur pun masih dalam perhatian Allah.


Suka sangat ayat tu ; Ujian adalah tarbiyah dari Allah.

ah, teringat kisah seorang teman , betapa hatinya begitu hajat pada tarbiyah buat membimbing jalan hidupnya Tapi, kian hatinya mahu dekat pada tarbiyah, makin dia diuji dengan pelbagai mehnah. Mungkin sampai kini belum selesai. em , mungkin itulah jenis tarbiyah yang disampaikan oleh Allah. Bisa muncul dalam pelbagai bentuk rupanya.
Tidak sebagaimana yang dijangkakannya, Tetapi , ujian yang diterimanya itulah mungkin sebagai sebaik-baik didikan buat hatinya.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku".
Sekali-kali tidak (demikian), [89: 15-17]

Sekadar coretan , di pagi Ahad.
perlu buat introspeksi diri , subuh-subuh sudah terima ujian dari Allah. :)
sungguhpeningdalamarenapembelajarantanpahentiinimakaperlumemblog.

Bicara-Sang-Khalifah2008

0 komentar: