Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, April 07, 2008

zakat

Bismillahirrahmanirrahim.

Waktu berlari. teratak ini lama terbiar. sering tidak punya idea bernas yang bisa dilepaskan disini. alasan? kilang minda sedang giat beroperasi beberapa hari ini. malam , kilangnya seperti ditutup! Para pekerjanya letih mahu bekerja. :D nampaknya, sudah terbiasa dengan sang pemberi analogi.

sibuknya? subhanallah.

sedang dalam proses persediaan ke Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Malaysia 2008 di UIAM hujung minggu ini ; insyaAllah. Debat. Masih berada di noktah permulaan. jika benar jalan ini yang Allah hulur sebagai tongkat jalan ke syurga, akan diperjuangkan sebaiknya! Praktis tahap maksima rukun Islam ke-4! Zakat potensi sehabis baik untuk menjadi langkah nyata! Penting ; jaga hati, jaga diri. Mungkin banyak yang mahu 'kacau' zakat saya ini.

Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa menaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. [33:71]

Doakan kebaikan dan kejayaan bersama.
WallahuA'lam.
maaf pendek sahaja. sekadar memenuhi kehendak sesama saudara! Tapi cukup, asal entri disertakan ayat-ayat cinta buat semua!

Bicara-Sang-Khalifah2008

1 komentar:

muhammad said...

Salam,
wah nampak gaya penulisna seperti orang indonesia....tapi orang malaysia...