Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Friday, March 07, 2008

bekalan

Bismillahirrahmanirrahim.

1) Alhamdulillah sempat mendapat suntikan bekalan dalam halaqah imaniyyah yang terakhir sebelum bercuti. selalunya disuntik sebelum berjumpa dengan adik-adik usrah esoknya. tapi, hari ini sudah mula cuti; sedia untuk election.

2) Al-Wajibat aktharu min-al awqat.
baru benar-benar terasa benarnya perkataan AsSyahid Imam Hassan Al-Banna ini.
bekalan kerja rumah menggunung tinggi. terkadang rasa tertekan, tapi itulah yang sebaiknya. memang harus muwajahah bebanan itu! sudah tuntutan dalam menuntut ilmu!

Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi ; Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa
yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali."

mesti belajar pengurusan masa melalui modus operandi terbaik!

macam-macam lagi bekalan. sudah peroleh bekalan banyak; harus jelas tujuannya. takut matlamat tidak kesampaian, sudah rebah di tengah jalan.

3) teringat Malam Al-Qassam. :) wahana cinta mujahidah! bermacam gaya dipersembahkan di atas pentas. buat ikhwah wa akhawat yang mengumpul bekalan untuk mencari redha Allah di puncak gunung tahan.


setiap kali melihat persembahan; teringat pula kata-kata mentor sewaktu sekolah rendah.

" Kehidupan ibarat pentas lakonan, kitalah pelakonnya , pengarahnya Tuhan kita , anugerahnya Syurga atau neraka. baik lakonannya, syurgalah hadiahnya. teruk lakonannya........."

4) makanya; jagalah hati dan jiwa, jangan kau kotori. jauhi kemungkaran. Semua yang kotor harus dibersihkan. baju kotor, campak dalam mesin, basuh siap! pinggan yang kotor, ambil sabun cuci, bilas dan siap! hati yang kotor? sediakan bekalan pencucinya sentiasa. keraplah membasuh jiwa! ;-) jangan sampai tergolong dalam orang-orang yang menyesal!

"Ia (manusia) berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal
soleh) untuk hidupku ini." [89:24]

5) Semua manusia perlukan bekalan. sama ada setiap masa, untuk waktu terdekat atau untuk hari kemudian. yang pasti sebagai muslim yang paripurna, harus bersedia untuk ketiga-tiganya!

" Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah. Hendaklah setiap orang memperhatikan perbuatan apa yang telah dilakukannya, sebagai persediaan untuk hari esok. Bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah tahu benar apa yang kamu lakukan." [59:18]


wallahua'lam.
moga Allah ampuni dosa semuanya...

Kumpul bekalan secukupnya : Jangan sampai menyesal!
Bicara-Sang-Khalifah2008

0 komentar: