Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Saturday, February 02, 2008

pilih

Bismillahirrahmanirrahim.

Image Hosted by ImageShack.us

[Gambar: Stockholm, Sweden 2nd June 2007 1:04 PM]

Angin petang menyapa. dicampur dengan bau varnish sana-sini. nikmat Allah. ruang atas dan bilik bertukar wajah lagi. em! Apa khabar blog? kembali bernyanyi! nasyid senyum :) kini melatari. mudah-mudahan jiwa senyum sentiasa , dipandu ketinggian iman jauh menyerlah dari yang biasa!


satu malam di dalam minggu ini. sewaktu bermuhasabah bersama sahabat dan senior seangkatan. Hati tersentak mendengar sebaris ayat; "Kita tak mampu hidup walaupun seminit tanpa Allah!" sesaat pun. nikmat Allah terlampau banyak. melangkaui setiap detik. syukurilah!


Dari Ibnu ‘Abbas ra. Berkata, Rasulullah saw. Bersabda : “Ada dua nikmat
yang kebanyakan manusia tertipu kerananya yaitu kesihatan dan kesempatan”.
(Riwayat Bukhari)


Memang! manusia sering terlalai dengan nikmat kesihatan dan kesempatan. Melewatkan peluang mengerjakan amal kebaikan. Mahu bercermin dengan para sahabat Rasulullah SAW terdahulu? Jauh bezanya! Mereka sentiasa berlumba-lumba melakukan amal kebajikan demi kebajikan.

Beruntung bagi yang mensucikannya , Rugilah bagi yang mengotorinya [91:9]

Terserah. Pilih; Antara jalan fujur dan taqwa! L-)




oh ya, mohon jangan berm**s**t di blog ini ya! only banats are allowed to leave their comments here.
dan, mohon jangan mencuri apapun juga di blog ini sama ada dengan rasa gentar mahu pun berani.
akhir kalam, Allah melihat setiap apa yang kamu kerjakan.
wallahua'lam.
Bicara-Sang-Khalifah2008

0 komentar: