Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Wednesday, February 06, 2008

campur

Bismillahirrahmanirrahim.

Campur-aduk;

Alhamdulillah. Baru selesai operasi membuang beberapa rakan-rakan di laman web 'kawan-kawan'. Delete. Yes. Delete. Yes. Sampai sudah muak lihat perkataan X , Delete & Yes! Banyak tak banyak, hampir 100 orang juga. Belum habis lagi. Nanti mahu sambung lagi. Mohon maaf kalau sudah (atau akan) delete kamu ya.

Singulair, Clarinasse, Clarytine, Stematil, Zethromax, Ventolin, Hurix, Panadol & Barakah. Saya sudah hafal nampaknya? Beberapa nama yang menjadi teman setia beberapa hari ni. Subhanallah! betapa manusia yang seorang ini bergantung pada kuasa Allah melalui ubat-ubat itu!

Minggu lepas sempat belajar tentang ; Ikhlas. Besar ertinya! hem , Mahu jadi lebih mukhlisah dalam hidup! oh ya, juga terbaca tentang kiat terbaik untuk mempercantikkan wajah. uhuk! sungguh, yang ini cara terbest! Memang satu pakej ; taqarrub ilallah & menyerikan wajah = Solat Tahajud! :)

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu
Ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. [17:79]

Banyak keutamaannya Solat Tahajud ini. Harus memperbanyakkan perlaksanaannya!

Nabi SAW bersabda : Allah turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga fajar terbit. [Riwayat Bukhari & Muslim]

JoM SoLaT MaLaM!
Bicara-Sang-Khalifah2008

Sekali kaki jejak atas jalan dakwah , jangan berani berpaling tadah!

0 komentar: