Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Wednesday, December 12, 2007

tulisku

Bismillahirrahmanirrahim.
----------------------------

ini khusus untuk anda.
pembaca blog yang setia.
oh, tapi macam ; malasnya! :)
tidak mengapa.
saya tuliskan sahaja.


ini bukan cerita.
ini coret-coret dari hati semata.
nak kata pantun pun boleh juga.
sebab belakangnya semua 'a'.
tapi, nak buat sajak tak cukup idea.
skill pun saya tidak punya.
ii uu aa.

kelas tambahan sudah hampir tiba.
saya harap saya cukup bersedia.
mengetahui kelas saya di tingkatan tiga.
serta belajar dengan sahabat-sahabat yang tercinta.

ini bukan cerita.
ini pandangan dari kacamata.
seorang pelajar yang sedang bersiap siaga.
untuk turun ke medan peperiksaan besarnya.
Dari hati seringkali meminta.
maghfirah dan rahmah dari tuhanNya.
Moga dirinya dalam lindungan Allah sentiasa.

ini bukan cerita.
ini luahan yang terbit dari minda.
diberi ilham oleh Allah yang Esa.
untuk menulis diblog kesayangannya.
dia terlalu ingin berkata.
Jazakumullahukhayrankathira
kepada pengunjung yang dirahmatiNya semua
atas kesudian diri anda
pemurahnya kamu meluangkan masa
untuk blog ini dan isi-isi kandungannya.

ini bukan cerita semata.
tetapi turut sebuah doa.
Mengharap keredhaan dari yang Maha Pencipta.
untuk diriku dan kamu juga.
Hidup masa depan tidak bisa dijangka.
Hanya mampu berharap dan meminta
kebaikan dalam kehidupan hingga ke akhirnya.
di dunia dan di akhirat sana!


Terima kasih kerana sudi membaca. Sayang semua :) Moga bertemu di SyurgaNya!
Fi Amanillah!


ilisyazwani-165 : Moga segala tulisanku disini semuanya bukan kerana nama , tapi ; hanya kerana Allah semata-mata.


[Segala puji bagiNya!]
Bicara-Sang-Khalifah2007

p/s : oh, nampaknya; ramai yang berminat dengan 'mutiara' [lu'lu'] yang saya postkan semalam. iyalahhhh, saya capture sendiri tak percaya sudah! ^__^ tidak diedit pun (kecuali tulisan) ok, sekali lagi, selamat berjuang di dunia, moga bisa menjadi 'mutiara yang tersimpan' di syurganya Allah
!

JOM JOIN , tiada kata terlambat! ;

Image Hosted by ImageShack.us

0 komentar: