Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Wednesday, December 12, 2007

sukajiwa

Bismillahirrahmanirrahim.
----------------------------



Image Hosted by ImageShack.us

:-) Moga awak, kita dan semua mampu menjadi seperti 'mutiara yang tersimpan' di JannahNya nanti. insyaAllah!; [52:24] (he, belajar ni during tafsirlah, keseronokan jadi ahli syurga!)

extivitee.

ok, apa untuk cuti sekolah yang dah nak tamat ini ya?
hujung minggu ni ada XRek Johor.
lepas tu ada ESQ Teens 002 JB! (jom join)
Moga Allah izinkan saya pergi. (ayah, tolong hantarkan ili ye! hehe) ameen!

entri.
ah, berangan mahu tambah entri ini semalam. tapi, disebabkan ketidak-cukupan idea serta lampu modem yang lip-lap-lip-lap sekejap ada sekejap tiada (seperti iklan biskut lagaknya!) telah menumpulkan keinginan saya untuk mengepost entri ini. (hoh? perenggan ini sungguh menjelaskan yang saya masih lagi tiada idea~) hem, entri-entri didalam blog ini hampir mencapai satu 'tiga angka genap'. faham tak? heh, pokoknya; saya harus menambah beberapa entri disini (pada musim cuti sekolah ini) untuk sampai kepada nombor itu. Saya tak kisahlah ada pembaca atau tidak ya.

Feedjit.

Hem, cuba kamu jeling-jenguk sikit sidebar saya ini di bahagian bawah, saya telah meletakkkan 'seorang' polis trafik yang menjaga lalulintas di blog ini. Nama diberi; Feedjit (haha) Tugas diberi; mengesan dari mana pengunjung-pengunjung blog ini datang. serta menyaman yang melebihi had laju. ceh, tidaklah~ itu dah macam polis betul! Dan saya amat berpuashati dengan khidmat yang diberikan oleh encik Feedjit secara percuma! TETAPi, setelah saya membandingkan hasil catatan encik Feedjit dan Encik Neocounter ; kedua-duanya seperti berbeza dan Encik Neocounter sepertinya telah mengeluarkan catatan separa PALSU. (mungkin sahaja lah, usah percaya 100%) Kerana, dia seperti mengeluarkan catatan entah hape-hape untuk mencapai motifnya iaitu; membuatkan tuannya berasa bangga atas paparan bahawa blognya dikunjungi oleh manusia dari semua belahan dunia. hoh? sekali lagi, ini pendapat saya, usah percaya. dan jangan marah sekiranya anda juga menggunakan perkhidmatan encik ini ya. Kenapa saya berani cakap macam ni ya? he he. sebab, saya tahu pengunjung blog ini hampir semuanya pemalu dan tidak berani bersuara! (disini). jangan terasa. Hem, saya berkira-kira mahu memecat Encik Neocounter! wajar nggak?


ok. ok. ok. saya telah berjaya menambah entri ikut sukajiwa sahaja. tahniah buat diri sendiri. WallahuA'lam.

" Berpeganglah pada tali Allah! "
Bicara-Sang-Khalifah2007

0 komentar: