Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, December 24, 2007

ceritaku

Bismillahirrahmanirrahim.
----------------------------

Segala puji bagi Allah! :) Alhamdulillah, mengecap kebahagiaan , kekentalan , kegemuruhan, kegembiraan, (dan kepenatan) yang tidak terbantahkan lagi di akhir-akhir waktu cuti sekolah 2007 ini! ini cerita saya, tak berapa panjang atau pendek. .

15- 23 Disember 2007


[Kental]
15 Disember 2007 . XRekJohor. Kem Kaizen , Pontian.

Sesampainya kami, disambut dengan wajah semangat plus gembira (dan gemuruh) para fasilitator. Tak sabar-sabar untuk mula meng-kental-kan diri disini! Selepas pendaftaran, dibawa ke dorm masing-masing. (Mine; Muhyidin Yasin [A]. uh? nama siapa tu ye? macam pernah dengar?) Sebelum ke dewan tertutup (sungguh memandai-mandai!) untuk pemberian taklimat. Seusai taklimat, ada lebih kurang macam berkenal-kenal jugalah, biasalah aktiviti permulaan, tapi ini rasanya dalam cara paling kreatif yang pernah saya lalui. Kami diberi kumpulan. benar-benar mengikut nasib sendiri ni! dibahagi dengan puzzle. Ini hasilnya untuk saya; [Iktikad : 6]

Fasilitator : Ukht Siti Najihah, Ahli : Zaynab, Hafidzah, Amirah, Fatin, Kautsar & Saya.

Kemudian, dipasang lagu Gemuruh. Lagu Tema Xpdc REmaja Kental J'07 kali ini. Gemuruh. Gemuruh. (Serasanya seperti telah ditiupkan semangat kental + gemuruh oleh Allah Al-Ba'its!) Setiap kumpulan diberi peluang memanifestasi idea kreatif masing-masing untuk mencipta gaya bagi lagu ini. Ganjaran markah yang diberikan membuatkan para peserta begitu bersemangat merekacipta gaya dan stail tersendiri.

Selepas ISOMA (IStirehat, SOlat, MAkan) para peserta diminta berkumpul di dewan terbuka. Diadakan acara permainan (bunyinya seperti sukaneka pulak?) pertama , NowSeeHeart . Pandangan saya, permainan ini mungkin lebih kepada membina kekentalan intelektual & emosi. Penat bertelagah dengan keadaan sekitar (fasilitator yang mengpsycho) demi mempertahankan diri sendiri. Permainan ini antara Si Jujur dan Si Pengkhianat. Saya termasuk dalam kalangan Si Jujur (namun tidak dipercayai!) Saya dapat main sekejap je. Kerana kejujuran saya yang terlampau kut, (ceh) jadi saya ditempatkan di Penjara Si Pengkhianat-pengkhianat! Cis, sabar je!


Kemudian, disambung dengan permainan Saham X dan Y selepas solat Asar. Wah, selepas permainan ini saya sepertinya bertekad tidak mahu menjadikan bidang bisnes sebagai bidang kerjaya saya yang utama! (ceh, memang tak pernah terfikir pun!) Tapi, rasa seronok juga main permainan ini. Tapi, lebih kepada penggantungan nasib syarikat masing-masing. (Tiba-tiba teringat Materi terakhir first day ESQ Teens!) Turut melatih kejujuran antara diri sendiri dan ahli-ahli kumpulan! Saya berpeluang merasai tugas jawatan Eksekutif Pemasaran (lebih kurang lah nama dia macam ni) Syarikat saya diberi nama Pizza Hut. Pondok Pizza. ;-) Syarikat kami diantara yang mengamalkan sistem perniagaan halalan thoyyiban kerana tidak pernah belot walaupun sekali! Jujur! Jujur! Jujur! Walaupun dalam hati saya rasa macam nak belot sekali! tapi, tentangan dari kakitangan syarikat yang lain tidak membenarkannya. Maka berkat dari kejujuran ini (ceh), kumpulan kami berjaya lah juga mendapat keuntungan RM 400 ribu +++. Datanglah ke Pondok Pizza kami ye. Dijamin Halal. (tibe-tibe je?)

Selepas ISOMA malam itu, ada sesi satu jam Meniti Angin Malam bersama Pak Uteh sebelum trekking malam di dalam hutan. Seronok juga mendaki , berjalan dalam gelap. Baru terasa kekentalan diri dilatih secara fizikal.

16 Disember 2007.

Pagi. (PAGI!!!) selepas solat dan bersiap-siap (ada masa lah siap-siap, ini bukan mukhayyam) terus ke dewan terbuka, bersedia untuk permainan seterusnya; MustLihat. (sorry, dunno how to spell it) sebelumnya, nyanyi lagu Demi Matahari & Lagu Ayam tu. like it. :D Ayam-ayam sopan. Kemudian, bermulalah permainan MustLihat tu. Macam treasure hunt la. Best lah game ni. Rasa gabung semua lah, melatih kekentalan emosi, fizikal, minda etc. Pokoknya.... Seronok;

Image Hosted by ImageShack.us

Seusai ISOMA tengahari itu, Kembali semula ke dewan terbuka. (tanpa panji-panji kumpulan kerana telah dirampas!) Setiap kumpulan harus mempersembahkan idea kreatif masing-masing mengikut tugasan yang telah diberikan. (oklah, senang cerita, kena buat persembahan) Sepatutnya buat malam semalamnya tu, tapi tak jadi pulak malam kebudayaannya, jadi, buat pagi ini. Jadi Petang Kebudayaan pulak! Berasaskan tema, untukmu Palestin.

Segala Puji Bagi Allah. Program ini hampir sampai ke penamatnya. Akhirnya, menyanyikan lagu Gemuruh dengan penuh semangat sebelum Ucapan Penutup oleh Pak Uteh dan wakil dari peserta. Dan, penyampaian hadiah! Alhamdulilah, kumpulan saya memenangi tempat kedua keseluruhan. (Hadiah nya sangat BEST dan banyak ye;) Untuk merakamkan kenangan bersama, biasalah, sesi fotografi. (Uh, sedih, sebagai seorang peserta yang memenuhi komitmen sepanjang waktu, [perasan je ye] saya tak sempat pun mengeluarkan kamera saya dari beg. Sekali pun tak sempat ambil gambar!)

Petangnya, mama ambil di Kem Kaizen. Ditumpangi oleh Nadiah, Afiqah, Aliya, Qarirah,Hafidzah,Anisa dan Farahin. (untung aja muat!) dan, oh, tak sempat pergi meeting ATS petang tu. ... XRekJ'07 ini sangat seronok ,best & Menyerlah jauh dari yang biasa. Alhamdulillah diizinkan pergi ke program ini oleh Allah, moga pengalaman ini dapat menjadi persediaan untuk menghadapi tahun hadapan yang...... (heh) oh, dan Syukur, saya tidak merasakan penat langsung. Sebab dah semangat nak ke Royal Johor Country Club esoknya untuk........

[Bahagia]
17 - 18 Disember 2007. ESQ Training For Teens 002 JB. Banquet Hall, RJCC.

"Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: "Kami telah tunduk", kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [49:14]

Image Hosted by ImageShack.us

Bukan matamu yang buta, tetapi hatimu didalam dada.

Alhamdulillah. Kegembiraan dapat dirasai secara spiritual pula disini. Subhanallah! Setelah 6 kali ber-training ESQ, ini diantara yang terbaik yang pernah saya pergi. This one trained by K' Firdaus. Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi menjadi salah seorang Alumni Training Support [ATS] di angkatan ini. Seronok! pertama kali berpengalaman bekerjasama dengan ATS KL. juga, Jazakillahukhayrankathira to Kak Hanisah ye! ;-) ok, memetik kata diri sendiri di blog private, (oklah Aliya dah baca, baca lagi kat sini! hue165x)

" Benar. training ini antara training terBAIK yang pernah saya pergi. Saya hampir pengsan sewaktu materi ke-6. (puncak training ESQ) Dimana pada materi ini setiap kali saya pergi training, tak pernah sikit pun saya menangis (jauh sekali pengsan) kerana suara nya yang begitu kuat dan menggegarkan pengalas kepada langit dan bumi setiap kali materi ini. Segala puji bagi Allah! Saya sangat-sangat-sangat-sangat bahagia selepas mengikuti training JB angkatan 002 teens ini. Sepertinya pengulang pada training teens 002 KL (angkatan saya)."

Bukan matamu yang buta tetapi hatimu didalam dada.

Image Hosted by ImageShack.us

Angkatan ini, saya cuma menghantar 2 orang peserta. Next one, (teens003JB, 9 - 10 Feb, 13-18 years old) nak kumpul banyak-banyak lagi! Moga dapat merasai kebahagiaan rasa bertuhan bersama! Ketangguhan Ihsan Iman Islam (165) inilah yang kita perlukan dalam perjalanan sampai pertemuan dengan Allah! ZeroOne!

" Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi hati yang di dalam dada. " [22:46]

Harap ibubapa saya dapat pergi kali ini; ok, sekalian promote ya;

ESQ Training Executive 007 JB , 25-27 Jan 2008 , RJCC. [19 years old & above]

-Physical,Intellectual,Emotional&Spiritual Happiness yang tak tersangkal lagi!-

[Penat]
19 Disember 2007. Rumah.
ok, secara tiba-tiba rasa penat berkental2an dan berbahagia2an datang. Hem, baru terasa penatnya. Tapi, masih bahagia, Alhamdulillah! :) em, sepatutnya balik kampung hari ni. Tapi, tak jadi. Ayah demam. Oh, tak dapatlah beraya bersama sepupu sepapat tersayang! Jadi, cuma duduk dirumah dan melayan rasa penat. (hoo?)


[Gembira]
20 Disember 2007. Aidil Adha.
Paginya, solat di Masjid BBU. oh, 'kampung' lama. heh; selepas khutbah, keluar dari masjid, wah! terkejutt! melihat seekor unta yang sungguh besar dan comel sedang berkeliaran di bandar. Ceh, taklah macam tu maksudnya ye. Hem, kelihatan unta tersebut sungguh bahagia diperhatikan oleh masyarakat sekitarnya. RAMAI sangat manusia menghampiri haiwan padang pasir tersebut (okey, macam mana sampai sini ye?) . Ah! sayang tak bawa kamera. boleh ambil gambar ye kalau tak! Petang-petangnya pergi Jusco.
(oh? raya di shopping mall?) Shopping macam-macam!

21-22 Disember 2007. Sofitel.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sangat best. Banyak sukan boleh main. (ayat apa ini?) dan menikmati keindahan alam disini. ok, sudah malas mau cerita lah.

23 Disember 2007. Rumah Alumni UTM.



Image Hosted by ImageShack.us

Kenduri kahwin anak Dr Murni & Ustzh Muhaini (sangat sweet!). Best. (jumpa kawan tu yang best!) dan makanannya sangat sedap.

ok, cukup. WallahuA'lam.
Sebenarnya dah lama nak post ni tapi asyik tidak berkesempatan untuk meng-upload gambar! maaflah kalau beritanya udah terlampau lapuk!

Esok, kelas tambahan untuk calon-calon PMR 2008. BismillahiAllahuAkbar! :)
Alhamdulillah wa Syukurillah!

Bicara-Sang-Khalifah2007

0 komentar: