Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, October 15, 2007

sungguh

:D Bismillahirrahmanirrahim.
--------------------------------

ok, tawaran lagi. macam biasa lah kan. apa lagi kalau bukan.....

the very next ;

Image Hosted by ImageShack.us

-poster diatas ini bukan dalam warna & saiz sebenar-

ESQ Training for Teens.
Angkatan 3 - KL [Malaysia]
27 - 28 Oktober 2007
0800 hr - 1900 hr
RM 700.00 [seumur hidup]
Dewan Cattleya , Tingkat 4 ,
Wisma PKPS , Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14 , Shah Alam , Selangor.
(Berhadapan dengan Hotel Bluewave)
[ni kalau kamu sesat juga tak tahu la]
Maklumat lanjut; http://www.esq.com.my/ [ESQ Malaysia]


Hem, kamu
tahu tak? saya terima banyak-banyak-banyak-banyak sekali respon untuk entri yang saya postkan pada 09 Oktober 2007 lalu. tua, muda , jauh , dekat. banyak nya dari YM la. Blog saya ni mana ada tempat nak mengomen! ;-) [eh, tapi, bagus juga takde tempat komen, biar orang komen terus pada saya, manusia lain tak perlu baca!] Saya memang sungguh-sungguh la tak sangka ramai yang tertarik nak pergi ESQ lepas baca post saya yang sungguh la ditaip dengan sambil lewa yang teramat! [em, tapi saya taip dengan sungguh jujur ya! tiada sebarang exaggeration. ESQ165 memang best!] Namun, Segalanya mungkin dengan bantuan izin dan kehendaknya Allah kan? :)

ok, ESQ teens kali ni sungguh-sungguh lah hampir dengan final exam saya untuk tahun ini. & saya pasti bukan sekolah saya je kan? banyak juga sekolah lain yang nak exam dekat dengan tarikh itu. Tapi, saya rasa kalau nak dekat exam ni, lagi lah patut pergi ESQ. InsyaAllah bahagia je nak jawab paper tu nanti! ;-) [ehm, spiritual jauh lebih berpengaruh dari intelektual kan? ;-)] Saya pun insyaAllah pergi yang ESQ teens 003 ni. [Kalau saya cukup prepare la untuk exam.] Moga Allah lapangkan ruang , peluang , wang serta waktu kami
.[iyalah, saya tahu ramai sahabat2 saya tu tengah pujuk parents nak ikut Teens003 ni. Moga Allah mudahkan semuanya!]

---------------------------------------------------------
ok, apa lagi yah? cerita pasal Raya. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memelihara perjalanan keluarga saya pergi - balik , ke - dari kampung.

Raya pertama, di Kuantan, Pahang.
Solat Raya dengan selesa + tenang di masjid ini ;

Image Hosted by ImageShack.us

Kedua , Temerloh, Pahang & Shah Alam , Selangor.
sungguh seronok! seronok! seronok!
[Tapi , jangan lupa Siapakah di sebalik itu yang meniupkan emosi seronok dalam diri?]
[dari 99 , Suara hati yang mana yeh yang menimbulkan emosi seronok? hah! alumni ESQ?jawab! jawab! ^__^]
ohoho. setiap kali balik Shah Alam ni memang tak rasa dah nak balik Johor!
walaupun dah 10 tahun bermigrasi dari Selangor ni,
pindah sana, pindah sini,
huu~ tapi, paling best tinggal di Shah Alam ni la.
[apapun, nanti dah besar nak duduk balik kat sini! nak jugak! eheh ;-)]
oh, & sempat juga 'menjenguk-jenguk' Wisma PKPS tu. ^__^
sungguh-sungguh lah dekat dengan rumah nenek saya. jalan kaki? jalan tangan pun boleh kot?
(ceh, boleh pengsan juga tu!)
Ketiga, Bandar Sunway & Bangi , Selangor.
ni pun seronok! seronok! seronok!.
tak balik Kelantan pun. baru je balik sebelum Ramadhan tu.
Keempat, Baiti Jannati! [Johor la]
menerima kunjungan tetamu tanpa henti!
ok, apapun caranya kamu menyambut aidilfitri 1428H ini,
Moga Allah memberkati....

----------------------------------------------

oh ya satu lagi, saya juga sungguh-sungguh tidak menyangka bahawa pembaca / pengunjung blog saya ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat terdekat. [yang sesat terkunjung tu tak kira la!] kanak-kanak , pelajar , ibubapa , juga asatizah saya.

[ok, sebenarnya malu: juga tau ramai asatizah yang dah baca blog ini. tapi, tak mengapa lah! segala jenis opini sungguh lah dialu-alukan. reformasi ke arah yang lebih baik.]

jadi, sekali lagi, Assalamu'alaykum & Selamat Datang ke teratak tanpa tiang saya ini ya!
Layan Diri. ;-)

Opick - Assalamualaikum
[sejak balik ESQ ni tiba-tiba terminat Opick!]
Nak Dengar? [Klik]

Assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)

salam-salam hai saudaraku
semoga Allah merahmatimu
salam-salam wahai semua
semoga hidup jadi bahagia

bila hati terasa sedih
bila jiwa terasa hampa
mungkin kita sudahlah lupa
berzikir tenangkan jiwa

Assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (2x)

bila langkah sempit dunia
rejeki dicari alangkah susah
mungkin kita sudahlah lupa
sedekah lapangkan harta

dalam hidup semua bekerja
kadang salah bahkan berdosa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

Assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)

salam-salam hai saudaraku
smoga Allah merahmatimu
salam-salam wahai semua
semoga hidup jadi bahagia

dalam hidup tiada sempurna
kadang khilaf kadang terlupa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

Assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)

bila hati terasa sedih
bila jiwa terasa hampa
mungkin kita sudahlah lupa
berzikir tenangkan jiwa

dalam hidup semua bekerja
kadang salah bahkan berdosa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

Assalamu 'alaikum ya akhi.. ya ukhti.. (4x)

untuk sahabat-sahabat sekalian, yang bakal exam ataupun tidak,
@};- Selamat bermujahadah! :) @};-

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik
melainkan balasan yang baik juga? [55:60]
Bicara-Sang-Khalifah2007

Image Hosted by ImageShack.us
[kampung sweet kampung!]

0 komentar: