Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Saturday, September 22, 2007

tawaran

Bismillahirrahmanirrahim.
Salaam Ramadhan ke 10 untuk semua!
hari terakhir di minggu rahmat Allah ini.
tertarik dengan kata-kata menarik ini.

[baca dengan gaya intonasi yang sesuai]
" Haa, masa bulan Ramadhan ni la kita dapat lihat siapa diri kita yang sebenarnya, sebab syaitan tengah dibelenggu sebulan ni. Lihatlah! Apa yang mengawal diri kita selama ini. Nafsu atau IMAN? Fikirkan." [Hasil diskusi 45 minit-lebih-kurang-la bersama sahabat - sahabat tersayang! ;-)]

hem, memang sesuai la dengan gambar di bawah ni. Pernah tengok gambar ni? hah, dah beratus-ratus kali mungkin. takpe. tengok sekali lagi.

Image Hosted by ImageShack.us

Dari Abu Hurairah r.a. , katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan. "

[Hadis Riwayat Bukhari]____________________________________________________________

# Tawaran 1 :

ATTENTION please!

TAWARAN TERHEBAT TAHUN INI!!!

CEPAT sementara STOK umur MASIH ADA!!!

Image Hosted by ImageShack.us

sumber gegambar : emel la mana lagi.

# hem, baca offer ni, nampak seronok sungguh Ramadhan ya?. baru best nak ucap " Selamat kurangkan juadah & banyakkan ibadah untuk kamu semua." Ramadhan... macam-macam ada!

_____________________________________________________________

# Tawaran 2 :

_-_[posternya yang warna biru tu tak sempat di-scan. lain kali la.]_-_

ESQ Training For Teens
Angkatan 1 Johor Bahru
6 - 7 Oktober 2007
Goodhope Hotel , Skudai
RM 700 seorang.

(terkejut kucing 5 saat dengan iklan sendiri. tiba-tiba font jadi besar!)

JOMla pergi. JOM JOM JOM. nak saya cerita lagi pasal ESQ? oh, tak larat. inputnya terlalu banyak dan berharga tahap infiniti! nak tahu? JOM la join ESQ ini. dari minggu lepas saya sibuk promosi ESQ ni di sekolah saya. yep! sudah tentu sekali dengan bantuan Us Shahidah [ejen ESQ @ SMIH!]. 2 hari berturut-turut saya cuba menarik perhatian rakan sekelas. Alhamdulillah. ramai juga la yang menyatakan minat dan kemampuan untuk menyertai training ini. eheh. bestnya! betul lah tu. ' Minat mengatasi segalanya '. kawan kiut-miut saya, nadiah, dia kata dia kumpul seringgit-seringgit hari hari nak pergi ESQ. haha. iya ke? [hoO? O_o macam kene tipu je? last-last mak dia jugalah yang bayar !] saya AIM nak 'hantar' pelajar-pelajar kelas saya ke ESQ. setakat ni dapat dalam 43%. oklah tu. Allah yang pilih mereka. saya sangat yakin itu.

Salam juang 165!
Bicara-Sang-Khalifah2007

So he cast it down; and lo! it was a serpent running.
[Taa-haa : 20]

0 komentar: