Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Friday, September 14, 2007

sudden

Bismillahirrahmanirrahim.
-----------------------------------



Image Hosted by ImageShack.us

kembali lagi. Salam 2 Ramadhan 1428H! hem? saya macam semangat je mahu update blog ini bila bulan Ramadhan ni. ish? macam tak patut je yeh. Sepatutnya bulan mulia ini lah saya tak patut update langsung?. takpelah. saya teruskan ya. saya memang suka membuat repekan kurang tersusun di sini. uh, macam lagha sungguh bunyinya! takpe ya, saya belajar sedikit demi sedikit. gaya tulisan saya juga tukar-tukar.
tak matang- separuh matang - matang - terlebih matang. macam aturan minda manusia. [belajar kat mana ntah ni?] ;-)

tadi, tengah solat Tarawikh, rakaat ke-8, tiba-tiba...

tupp! senyap - sunyi seketika.
huh? berlakunya hitamkeluar a.k.a blackout [cis, semua nak di-bm kan!] secara sungguh tiba-tiba. nasib baik lah imam tu baca kuat. dapat juga dengar. rasa macam berada di antartika waktu malam! ceh , macam je saya pernah sampai benua sana tu? hehe. saya pernah sampai gateway to antartika je. em , tahun 2004 dulu. ha, macam tu lah saya rasa lebih kurang tadi. gelap tapi sejuk. (macam dah out of topic je ni?)

itu cuma hitamkeluar di surau. blackout sikit je. masih nampak lagi dalam samar-samar dengan bantuan lampu kecemasan kecil. Macamana ya kalau iman yang 'blackout' tiba-tiba macam itu?
Sedang iman berada di kedudukan 'selesa'......
tiba-tiba terus grafnya menjunam turun.
takut yeh? takut kehilangan salah satu nikmat terbesar itu.
tak mustahil lah! so, peliharalah sentiasa ya!
teringat nasyid tu.
" Iman tak dapat diwarisi ,
Oleh seorang ayah yang bertaqwa ,
Iman tak dapat dijual beli ,
..................................................
[minda gagal menyambung seterusnya. sambunglah sendiri!]

doa-doa lah selalu.
takut tiba-tiba..........................

" Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." [40:60]

Jangan mempersia-siakan Ramadhan ini.

"Ingat ya, Allah sayang hamba-hambaNya! "
Bicara-Sang-Khalifah2007

1 komentar:

zam said...

xder ker gmbar mukhayyam???????????