Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, September 10, 2007

Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim.
------------------------------

Image Hosted by ImageShack.us

hah! untuk kali ke-6 saya menghadap tetingkap blogger-create post ni, akhirnya berjaya juga saya postkan post yang baru. hem, nampaknya saya semakin kekeringan idea!
------------------------------
petang tadi, waktu rehat, sedang duduk semeja dengan sahabat-sahabat yang tersayang (cewah!) . . . . . . . .
Tiba-tiba salah seorang sahabat saya dengan tiba-tibanya (?) bertanya ,
" eh, tahun depan ada tak kertas Sivik untuk PMR? "
hem, pertanyaannya ni membuatkan saya teringat kepada satu sms yang saya pernah terima dulu ;

" 15 btg pkOk d'tEbAng utk m'bUat 1 krts PMR...so,dEmi mNyElamatkn hutan kta,SAY NO PMR ! sebArkn kpd mMbe2 kta yg nk amik PMR thn dpn!! Hidup hutAn MALAYSIA!!;p "

[pelik sungguh tulisannya!] Saya terima mesej nih sewaktu tengah 'bersiar-siar' di JUSCO. hah! tersentak kejap. mood nak -soping-soping- terberhenti seketika. wah? O_o betul kah apa yang saya baca ni? heheh (gelak jahat lah konon) Entah ini khabar angin , khabar air atau....? sejauh mana kebenarannya pun saya tak pasti. [Si penghantar sms ni pun saya tak tahu!] mesej ringkas , tapi, cukup membuat saya terfikir-fikir-fikir panjang. wah, sedap je minda terus melayang terbayang tak ada PMR tahun depan. Sepupu - sepapat saya pun pernah kata , PMR akan dimansuhkan. entahlah bila? mungkin dalam 2-3-4-5 tahun lagi. Hem , dia suruh sebarkan mesej ni? ha ha ha. buat kaya celcom je! sekali, mesej ni tipu-tipu semata nanti ramai pulak orang cari saya akibat kenyataan palsu saya di rumah yang tidak bertiang ini! hu hu. parah! [baca: saya tak membenarkan pun mesej ni, tak juga menafikan, sekadar untuk pengetahuan kamu yang sebaya dengan saya!] agaknya si pemesej ni tak suka Peperiksaan kot? " SAY NO PMR? " sungguh semangat orang itu!

Hem, bercakap pasal peperiksaan ni (yakah? bukan lebih pada sms?) semalam, saya dioffer
untuk menjadi ATS untuk training ESQ for Teens di JB [baca: di sini la] nanti. tapi, malang yang memang dah dihidu, ada Peperiksaan Semester 2 2007 pulak! [takpelah , Aliya, jom kita pergi hari kedua yeh!] Hem hem dan hem.... uhuk! takpelah, sebab saya dah register jadi ATS untuk ESQ Teens 3 di Shah Alam nanti! ;-) [kamu macam faham je apa saya cerita nih? ha ha. kelakar tengok muka kamu! nak tahu? jomlah ke ESQ!]

ah! Peperiksaan semakin dekat-dekat dan makin mendekat.
" eh, lama lagi lah!"
iyalah, kalau lama lagi pun kamu kata, Peperiksaan itu kan takkan makin jauh... terus menghampiri lah!

"Mencapai pelangi di awan tinggi. abc. alif ba ta. "
Bicara-Sang-Khalifah2007

0 komentar: