Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Thursday, August 23, 2007

ESQ

Bismillahirrahmanirrahim.
-----------------------------------
Assalamu'alaykum. Segala puji bagi Allah. (Salam 165)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya,
saya telah dilorongkan untuk menyertai ;


Image Hosted by ImageShack.us

ESQ Teens Angkatan 2 Malaysia
(Angkatan Kemerdekaan! ^__^)
21 - 22 Ogos 2007 , Hotel Concorde Shah Alam.
(dari pagi sampai malam. waktu tak tentu laa..)
Terima kasih tak terhingga juga kepada Ayah & Mama yang telah menginvest kan wang untuk saya menyertai ESQ Training ini! ^___^
[Hanya Allah dapat membalas jasa Ayah & Mama!]

jujur ya; ini school holiday paling best! (hoo? kalah holiday ke Sweden? eheh;-) di ESQ saya mengembara ke seluruh dunia!)


Apa yang saya rasa selepas mengikui training ini?
MasyaAllah. tidak tergambar rasa bahagianya. 2 hari bercampur, rasa sedih , takutkan azabNYA , insaf , seronok , gembira, macam-macam! terasa Allah sayang sekali dengan saya. dan, kini, barulah saya lebih mengerti dan menghayati firmanNYA :

" Aku berada dalam diri, Hati Nurani hamba-Ku yang beriman, Aku dekat, lebih dekat dari urat nadi di leher "
QS. Al-Qaaf (50:16)

Maha Suci Allah. Saya salah seorang khalifahNYA yang terpilih mengikuti ESQ training yang dikatakan boleh mengubah fenomena kehidupan manusia melalui 1 Ihsan 6 Rukun Iman 5 Rukun Islam ini. Training ini telah mengubah corak pemikiran saya. Hanya Allah Tuhan saya. tiada sandaran yang lain. pelajaran? jawatan? pencapaian? harta? ah! buang jauh2. itu bukan tuhanku, itu bukan tuhanmu. training ini memperingatkan kembali jasad, akal serta hati siapa tuhan yang selayaknya disembah. ya! Lailahaillallahwamuhammadurrasulullah! semua manusia pernah bersaksi dihadapanNYA sebelum dilahirkan di dunia.
FirmanNYA :
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".
QS. Al - A'raaf (7:172)

Tapi, kini, manusia hidup seperti bertuhankan yang selain dariNYA. na'uzubillahiminzalik!
----------------------------------

Traning ini sangat sangat sangat seronok. (Best to the power of infinity!) seronok sesuai dengan seru trainernya,

"Untuk apa kita disini?"
kami menjawab,
" Berseronok!!"
seronok, tetap dalam keadaan tidak melupakanNYA.
Dengan Trainer2nya yang best!

-Abang Ridwan Mukri
-Abang Agung
-Abang Reggy


Trainer-trainer ini mempersiapkan serta memberi peringatan kepada kami, sebelum perjalanan terhenti di hadapan 'Trainer' Yang Abadi.
----------------------------------

Macam-macam aktiviti diatur sesuai dengan isi yang hendak disampaikan.

1 Ihsan
6 Rukun Iman
5 Rukun Islam
(serta suara hati menurut 99 Nama Allah -Asma'ul Husna-)

ESQ Way 165. Seronok!

Aktiviti : Games, Simulasi, Uji Minda, Movie, Klip Video & Bermacam-macam lagi !
Sound System nya? wah! 10,000 watt!
sungguh menggegarkan jantung!
(pastikan anda sanggup tahan kalau nak pergi)
-----------------------------------
Ada juga Mr. Zero (Maskot ESQ) yang menghibur hati! hehe~

pokoknya , (ceh! boleh belajar bahasa indonesia lagi tau di ESQ!) ESQ Mantap sekali! Jadi, untuk kalian semua , khususnya Teens Malaysia, saya nak promote di sini, datang lah ke ;

ESQ Teens Angkatan 3 Malaysia
Hotel Concorde Shah Alam (Tentative)
28-29 Oktober 2007
RM 700 (investasi sekali sahaja seumur hidup. sekali bayar, infiniti kali nak dtg pun boleh!) Training : Pelatihan 2 hari termasuk minum pagi, makan tengahari, minum petang (Tidak termasuk penginapan), bahan seminar, sijil, dan Kad Alumni. Kad ini melayakkan anda menghadiri ESQ Training bila-bila & di mana sahaja secara percuma.
(kalau datang, jangan lupa bawa tisu/sapu tangan)
[ini saya promote yang ESQ untuk remaja je. yang dewasa, carilah di blog orang lain! ;-)]

ah! tak tercerita lah saya tentang ESQ ni, maka feel the experience and catch the moment!
kalau nak cerita pasal ESQ ni, sampai bila-bila pun tak habis. kenapa? ahaha. sebab, kata trainernye , "Training yang sebenarnya bermula, sejak kami melangkah keluar dari dewan yang grand sangat itu, sampai akhir hayat! "
ambillah peluang ini untuk mereformasi diri. kita semua tidak maksum.
-saya nak pergi lagi bulan 10 nanti! free je, sebab saya dah jadi Alumni ESQ!- (kad alumni lawaaaa..)

-----------------------------------
ok, kalau baca review saya ini memang tak tergambar pun keseronokan ESQ, search lah kat internet kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi! beribu-ribu review tentang ESQ telah ditulis dari seluruh pelusuk dunia! akhir kalam, Moga sahabat-sahabat sekalian dipermudahkan jalan oleh Allah untuk mencari ilmu. jangan mempersiakan kewujudan Allah. Jangan pernah lupakan Yang Maha Mencipta segala sesuatu yang ada di kerajaan langit dan bumi. seluruhnya.

Kalau di dalam ESQ ada Iman, Islam dan Ihsan,
Bukan bererti ekslusifisme aliran atau agama.
Tetapi keinginan untuk menyampaikan Cahaya.

Kalau di dalam ESQ ada Al-Quran,
Itu bukan bererti untuk golongan
Tapi untuk seluruh ummat manusia

Bukan Al-Quran untuk Islam,
Bukan dunia untuk Islam,
Tapi Al-Quran dan Islam untuk dunia.

Islam rindukan perdamaian sejati
bersama dengan yang lain.
-Salam perdamaian Pak Ary-

"ESQ Training ini dengar2 saja formal, tapi percayalah ia tak sama sekali. Ketepikan soal RM. Kamu akan merasakan wang yang kamu keluarkan untuk Training ini sangat-sangat berbaloi yang tak terbayar dengan selautan titisan air mata untuk melihat kebesaran-kebesaran Allah SWT,InsyaAllah. Malah, mungkin selepas menyertai Training ini, kamu sanggup mengeluarkan lebih dari itu...."

"...ESQ membentuk diri , Patriot Cinta Illahi -MarsESQ-..."
Bicara-Sang-Khalifah2007
~Satria ESQ 165~

Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.”
(Surah al-Anfaal, ayat 2).

1 komentar:

SHYkira said...

Saya sokong!ESQ realy touched our hearts man!sound effect makes me terkejut2 all the time and when the trainers asks us about Allah dengan suara yg tinggi really put me to tears... =)=)