Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Wednesday, August 29, 2007

Bizi

Bismillahirrahmanirrahim. hah, bertemu lagi!
Saya tak ada masa taip panjang - panjang. saya terlampau bizi. yuks! saya benci bila saya terlampau - lampau - lampau bizi macam sekarang. bizi dengan macam - macam. kerja, tanggungjawab , amanah? bla2... (nak taip sampai 18 tahun kemudian pun tak habis!) bizi sungguh. semua terkejar-kejar. last2, semua tak siap! (heh? main komputer ni sempat pulak? O_o amekla! saya sindir diri sendiri. jangan terasa!) huh! tak suka bizi bizi. takut tak ada masa untuk Allah. lupa Allah? na'uzubillahiminzalik. penyakit lupa lupa. (nun.sin.ya) saya tak nak bizi saya ni menyebabkan saya dapat penyakit lupa lupa itu. lupa besar lagi tu!

Isnin.
hari pertama di SMIH selepas 9 hari cuti sekolah. dimaklumkan tentang tawaran untuk menyertai lawatan ke National Bridge Model Competition 2007 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. huh? rasa tak percaya! excited tahap gigabyte! ;-) Ditawarkan juga untuk menyertai pertandingan essay bahasa inggeris sempena kemerdekaan. (kementerian swasta? ke ape ntah?) huu.. hati dan minda saya awal-awal dah menolak. bukan tak berminat, tapi, ustazah tawarkan last minute. rabu dah nak kena post ke sana. pening! tulis essay dalam keadaan rush dan terpaksa! huh... saya tidak mahu macam itu. idea pun taknak muncul! takpelah, orang lain lagi terer masuk lah.

Selasa.
Pergi sekolah dengan penuh semangat sebab tak sabar nak tengok jambatan! haha. astaghfirullahalazim. tak ikhlas tu! tengahari. pukul 12. dibenarkan keluar kelas untuk makan awal-awal di kantin. katanya sebab makanan di UTM mahal. pukul 12:30 pm. bertolak ke UTM dengan bas. rombongan seramai lebih kurang 80 orang kot? hah! apa lagi, saya pun ambiklah gambar sepuas-puas hati. (ceh, yelah tu.) seronok sangat ikut lawatan ni. banyak ilmu baru dapat. ilmu jambatan! ;-) malam, siapkan sajak. nak deklamasikan masa hari sekolah ganti nanti, insyaAllah~

Rabu.
huh, hari yang paling paling rasa macam taknak jejak kaki pergi sekolah. hari hantar folio. hari hantar essay. hari hantar mathematics (macam lah siap?!) hari hantar itu hantar ini. huh! petangnya, satu kelas kena berikrar sebab ramai tak siap homework. (baguslah tu!) petangnya juga, ada sahabat yang mencadangkan 2 Islah tidur sekolah sempena ambang kemerdekaan.wah! idea bagus yeh nampaknya? so, bla2, mereka minta izin bla2. alhamdulillah permintaan kami diluluskan. so, esok tidur sekolah. join pelajar-pelajar asrama sambut malam merdeka. diiringi oleh guru sivik yang tersayang dan sungguh bersemangat sekali menyambut merdeka! ;-) malam nya (sekarang la?) hah! kecoh! kemas itu kemas ini. khamis? tidur sekolah sampai pagi jumaat. pukul 5 pagi dah kena pergi airport pulak! huh, bizi bizi.

Tapi, Alhamdulillah. Allah sentiasa permudahkan urusan saya. walaupun saya bizi bizi, tapi, saya tetap rasa happy (kadang-kadang) ^__^ Alhamdulillah. Allah sayang sekali dengan hamba-hambaNya! (ceh, budak baru balik dari ESQ la!)
yep, Moga saya tiada cinta lain dalam hati saya yang melebihi cinta saya pada Allah! cinta dunia? wek! cinta pencapaian? wang? jawatan? wek! tolak tepi la! takde class!

"wah, wah ili? 'pendek'nya kamu taip ni?"
Bicara-Sang-Khalifah2007

0 komentar: