Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Friday, July 13, 2007

doa

Waktu mustajab untuk berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t.

Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari

-Hidayah-

Tuhan...
lama aku gelita
cari arah cahaya
menerangi gelita

Tuhan....
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu

Tuhan...
pimpinlah hati ini
untuk ku menghayati
petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
meraih cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan
hanyalah untuk Mu
betapa ku bersyukur
dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku
kekal di jalan Mu

ooh... Hidayah..

Munsyid : Hijjaz
Album : Pelita hidup 4

Ahad nih? yeye! lawatan 2 Islah ke JUSCO lagi! ^__^ sape nak ikoot? (jarap le)

"...Dan Tuhan kamu berfirman; berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghafir :60) "
Bicara-Sang-Khalifah2007

0 komentar: