Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Wednesday, May 16, 2007

exam

Assalamu'alaykum.

--Selamat Hari Guru--
*Terima kasih wahai guru2ku*
Hari ini Hari Guru 2007.
Hari Guru Se-malaysia.
baik, sekian untuk hari ini.
bagaimana dengan hari esok saya?
insyaAllah , jika dipanjangkan umur,
esok saya ada exam. [xm PS12007]
yalah! E-X-A-M. *ehm*. biasanya , saya memang suka pada perkara 4 huruf ini. lain pula ceritanya kali ini. rasa gugup. kenapa ya? nak UPSR pun saya tak rasa takut sangat macam ini. adakah hanya kerana ini peperiksaan yang dipanggil S-E-T-A-R-A ? oh, mungkin juga. tapi, saya rasa macam tak well-prepared sangat. tak mengapalah. hadapi saja yek? baca-tulis-jawab. [apa bezanya tulis dan jawab?] Do'akan kejayaan saya ya?. mudah-mudahan do'a ikhlas kamu dapat membantu saya di atas kertas nanti. saya do'akan kamu juga! sama-sama. baru adil eh?
-------------------------------

banyaknya hari2 dalam bulan mei 2007 ni. *err* maksud saya bukanlah hari dalam bulan mei tahun ini bertambah ke 32 hari atau selebihnya. [tidak sama sekali logik] maksud saya , bulan ni , banyak hari2 'special'lah kan yang bertanda di kelendar saya dan yang mana memerlukan saya mengeluarkan duit untuk membeli hadiah! ahaha. hari ibu , hari kesihatan , hari guru , hari lahir , hari-hari! [em, nanti akhir bulan mei , bolehlah saya post pasal hari2 ini] uhuh. pening2. lagi-lagi, hari esok! xm.
--------------------------------
dah2.saya mahu pergi study ya. esok kertas Ulum Quran & Tahfiz.
dengar ya, pandangan saya terhadap jadual peperiksaan kali ini :
*wah , wah. hari pertama je dah susah-susah ye kertasnya*[eh, astaghfirullahalazim. tak baiklah pulak. yelah2. saya tak baca pun lagi soalannya yek? mana saya tau susah?] tunggu sahajalah esok. moga saya cukup bersedia dari segala segi. [doa + usaha + ikhtiar x tawakkal]
sekian.

" Then, when thou has Taken a decision put they trust in Allah. For Allah loves those who put their trust (in Him). " [3:159]

"...Selamat Bermujahadah!..."
Bicara-Sang-Khalifah 2007

0 komentar: