Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Sunday, May 06, 2007

rasa

Assalamu'alaykum.
semalam ada mukhayyam statik. best!
tema,
+ " Si Buta Mencari CiNta "+

--LAgu TemA--
Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita
Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan
tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa
Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia
kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan
tidak kan dihancurkan
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau cintakan Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi
Cintailah ilahi
Cintailah ilahi
Itu cinta hakiki
Cintailah Ilahi
cinta kekal abadi
Cintailah ilahi
Cintailah ilahi...
--Cintailah ilahi--

best lah!
pertame kali saya rasa,
apa yang nak disampaikan tu
memang 'sampai' la dalam diri saya ni.
cinta ilahi adalah segalanya.
baru saya sedar,
Allah sentiasa sayang pada saya setiap masa.
Allah selalu tolong saya melalui pelbagai cara.
bukan sebelum ni saya tak tahu.
tapi, macam buat2 tak perasan pulak.
sombongnye manusia!
erk.
saya tak kata kamu sombong.
saya kata saya lah!
terasa ke? hah! maknanya kamu sombong jugalah tu.
jarang berterima kasih pada ALLAH.
walaupun Allah dah bagi kita pinjam macam2.
kan kan? maka,
bersyukurlah..............
Dahlah, saya tak nak cerita panjang2 lagi ,
Biar saya simpan je pengalaman yang unik nih.
[plus, +]
i have manyyy works to be done!
nak cerita pun macam tak sempat.
jari saya ni ada banyak lagi kerja lain.
-------------------------------------------
isnin ni ,
bersamaan dengan esok.
juge bersamaan dengan 7 Mei 2007,
ade ujian syafawi tahfiz untuk PS1
ujian yang saya paling gerun sekali!
wah! gerun tu. dahsyat ya.
bukan senang nak pelihara kalam Allah ni ya rupanya.
sehari kita tinggalkan, seminggu kali ganda Al-Qur'an tinggalkan kita.
macam unta hilang! jangan harap sangatlah nak kembali lagi.
*ehm* apa pun,
do'akan yang terbaik untuk saya , ya!
sekian. jzkk

"... Lebih baik terus mengharap pada cinta hakiki,
dari menginginkan cinta yang tidak pasti! ..."
Bicara-Sang-Khalifah2007

0 komentar: