Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, April 09, 2007

senyap

Perhatian : ini gambar sebenar. tidak di-edit sama sekali.
renunglah.
apa yang anda nampak?
nampak awan ?
pokok?
cahaya matahari? .
lagi?.. itu je ke?
em , kongsi pendapat anda tentang gambar di atas itu. saya nak tahu. tulis lah di mana2 pun. yang penting saya boleh baca.
semalam saya pergi kursus motivasi. oleh Dato' Dr. Hasan Ali. best. bestlah juga. eh , jap! saya tak patut tipu. oklah.. jujurnya , saya rasa biasa2 je kot. heheh. [ceh , berterus-terang!] saya dah pergi baaaannyaakk kursus motivasi. yang nih biasa je. tengah-tengah. best tidak , tidak best pun tidak. saya lagi suka yang MAP punya kursus dengan JIM punya. lagi best!!! tapi , alhamdulillah... banyak ilmu saya dapat di kursus semalam. em , mak saya pun dapat ilmunya juga. heheh. sebab , di akhir program tu , ibubapa dijemput datang. huhu. ayah tak datang. keje. [apelah suruh doktor keje hari ahad? pengarah hospital yang sungguh pelik!]


-----------------------------------

terima kasih kerane mengunjungi blog saya. terima kasih juga kepada pelawat2 yang rajin 'menjerit' di shout box saya. terima kasih juga kepada semua pengunjung2 senyap. haha. jadi pengunjung 'senyap'?? ehm.. barangkali lebih suka memerhati. em , semalam saya 'check' , rupanya raaaaammmaii yang dah mendaftar diri menjadi ahli kelab pengunjung senyap di blog saya ini. haha. kantoi. apapun , kepada anda semua , senang2 , tinggalkanlah 'jejak' di ruang bicara saya ini. satu aksara pun jadilah. sebagai 'bayaran' tiket anda masuk ke ruang saya ini. tapi , kalau anda lebih suka jadi pemerhati. em , suka hati lah..

eh , saya dah ada ruang komen di blog ni. [tengok kat akhir post ni , klik perkataan 'Add COMMENT'. tapi , tempat komen saya lain sikit. saya guna shoutbox. heheh. saya rasa lagi mudah kot guna tempat komen macam itu.] haha. sebab dah tak tahan ramai yang BUZZ!!! saya di YM itu tanya kenapa blog saya tak ada tempat komen. wawawawa. jadi , sebab itulah kamu lebih memilih jadi pengunjung senyap di blog saya ya?. sebab tak ada tempat komen? huhu. bagi alasan pulak. so , ini saya dah letak ruang untuk kamu komen sepuas2nya. jadi , tinggalkanlah jejakmu... [jangan takut nak komen , saya tak makan kamu pun]
akhir kalam , sekali lagi saya berterima kasih kepada kamu kerana telah 'memeriahkan' ruang kecil saya di alam maya ini dan menjadi teman saya di sini. saya hargai. *tak-rugi-saya-buat-blog* jazakumullahukhairan! sekian.

"... diam itu adalah satu kebijaksanaan ..."
Bicara_KhalifahBijaksana2007

Add COMMENT

0 komentar: