Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, April 02, 2007

MGH2007

--Bismillahirrahmanirrahim--
Assalamu’alaykum!
[ehem , kq 'abyd! ana nak update pasal MGH07 ni. sori lambatt!]


Hari ini nak sambung lagi cerita-ceriti saya. Bicara saya hari ini pasal Malam Galaksi Hidayah 2007 yang saya pergi semalam punya semalam punya semalam punya semalam. huh! dah lama itu yek. tapi , rasa -rasanya saya mahu cerita juga. sebab best. em , tapi , saya nak kurangkan sikit celoteh2 saya kali ini. Biar lensa kamera saya pula yang mengambil tempat. Gambar juga pencerita yang baik. Maka , lihat sahajalah…..


MGH07 diadakan di sini. Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor Bahru , PERSADA.


di dalam ini. convention hallnya yang sungguh.... [tafsir2 lah sendiri]

sampai2 je hujan... hujan rahmat lah ya.. alhamdulillah.


ini meja saya. no 4. best sebab depan sekali. ehm , tapi , tetap belakang orang2 yang berkerusi merah itulah. wahwahwah. duduk belakang Mr. Perasmi. haha.


AJK2 MGH07 yang ayu2. heheh. sibuk juga nampaknya.


ucapan-ucapan. ehm , ni barisan pemberi 'sepatah dua kata' .


Perasmi Malam Galaksi Hidayah 2007 , Y.B Hj. Zainal Abidin bin Osman. Pengerusi Jawatankuasa Agama , Pelajaran , Pengajian Tinggi , Sumber Manusia , Sains , Teknologi dan Inovasi Negeri Johor. [wow..]

Sesi memotong kek. rasa-rasa macam takde dalam tentatif nih. ceh , takpelah. tengok je.


Persembahan Multimedia. best. best sangat. saya bagi 5 bintang! [ke ade yang lagi tinggi?]



Persembahan Najahan. best juge.

Sesi bersama Dato' Lat. kelakar.

...dan kartun-kartun-kartun-kartunnya

lelongan barang.


Persembahan Kumpulan Raihan. seronok juga. walaupun ade masalah teknikal yang kurang boleh dielakkan. itulah jadinya. patutnya nyanyi 7 buah nasyid tapi , 3 je yang sempattt.. okeh la juga ya.

siannye adik nih dah ngantuk ..

...maka disebabkan adik ni dah tertido atas sebab yang tak dapat dikenal pasti , majlis ini pun berakhirlah..... [ceh , apa kena mengena?].. dengan tasbih kifarah & surah wal'asr! habislah acara dalam dewan yang sungguh...... ini.. lepas tu , semua berpusu-pusu keluar dari dewan. maka terjumpalah saya dengan seorang hamba Allah yang diberi nama...................

Kak Nadiah Amirah! eheh. kamu kenal ke ini siapa? saya pun bukannya kenal sangat. pertalian darah pun tak ada. tapi , itulah. jakon juga dapat jumpa hamba Allah yang seorang ini. [eleh , bukan saya je . orang lain pun excited juga.] siapa ini? em , saya malas nak cerita. klik
SiNi


sesi autograf bersame kumpulan 'Haruman Syurgawi'. ceh , atau lebih familiar dengan nama Raihan... eh , saya rasa saya orang 1st [atau yang terawal la] yang dapat autograf Raihan hari itu tau. yalah , saya tengok , semua minta autograf hamba Allah yang diatas itu je mulanya. eheh. kesian yang ini. jadi , saya mintalah yang ini dulu.....



hehe. khas untuk saya je. tak nampak ke? ada nama saya tu!


sebelum balik. wah! tak sah kalau tak ambik gambar ye. ceh ceh.. sweet. tak tahu nak cakap apa. sweet sangatlah. saya suka gambar ini. em , kredit penghargaan buat Mawaddah sebab tolong captured gambar ini!
.Ili , Aisyah , Kak Nuha , Nadiyah , Liyana & Kak Fathimah.


Maka , berakhirlah program yang penuh berprestij ini. [cewah~] Alhamdulillah. ok2 je semuanya. Tahniah lah kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan MGH07 ini! [Kalau buat setiap tahun pun best juga! ^_^]


"... saya.takkan.lupa.yang.ini ..."

bicara_khalifahBijaksana2007

0 komentar: