Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Thursday, April 05, 2007

merepek

Bismillahirrahmanirrahim.
---------------------------------
amaran :
nak bace boleh tak nak bace pun silakan. saya tak paksa. saya hanya merepek2 di sini. sama ada merepek yang mempunyai manfaat ataupun tidak , itu terpulang pada kamu untuk mengagak. kalau tak mahu buang masa , baik baca quran. kalau nak baca ini juga , maka , tafaddhal!


em , saya rasa nak merepek-repek kat sini. huh. inilah akibatnya bile kotak fikiran saya ini tidak dijenguk oleh idea-idea baru untuk mengentri! ok. saya cerita pasal hari ini. hari ini hari Khamis , 5 April 2007. juga merupekan hari lahir salah seorang class-mate saya. [selamat hari lahir ye , nadiah!] . hari yang dimulakan dengan namaNYA. as for usual , pagi2. pergi sekolah. first sekali , subjek komputer. tengok tayangan pasal syaitan. dalam bentuk animasi yang sungguh mengimpresskan hasil terbitan Saba' Islamic Media. wah! saya yakin la. kalau kamu tengok tayangan ini , saya jamin lepas ini , kamu pasti akan mulakan setiap perbuatan dengan doa. senjata terhebat orang mukmin. Syaitan itu ada dimana-mana. berhati-hatilah. jangan mudah tergoda. Lepas tu , dapat result ujian komp. alhamdulillah. em , saya ambil 14 kertas ujian. setakat ini dah dapat 12 result. 2 more to go! syukru lillah! setakat ini semua A. eventhough , markah takdelah tinggi sangat. tapi, syukur2! saya harap saya takkan lihat huruf ini >> [B] dalam rekod keputusan saya nanti. insyaAllah. eh , apa saya melalut jauh2 nih? ok , sambung2. lepas tu , subjek Sivik. hari ini kena buat pembentangan. kumpulan saya , nadiah , saya , anas , mujahid ,& qatadah. [haha , sekumpulan dengan sedare sendiri!] susah juga ya kalau ahli kumpulan tak sekaum ni. adam+hawa. tapi , alhamdulillah. berkerjasama . bentang pasal Yayasan SALAM. NGO bukan kerajaan yang menawarkan khidmat sukarelawan itulah. seronok juga bercerita-ceriti kepada kelas tentang Yayasan SALAM ini. bla2. and..... alhamdulillah. we're the best group. eheh. ^_^. lepas itu , macam2 lah subjek lagi. tapi , semua guru tak masuk. lastly , hafazan. then , recess time. solat. okeh. 2:00 petang. ada pertandingan debat peringkat separuh akhir peringkat daerah Johor Bahru. SMK Perling vs SMI Hidayah [sekolah saya]. sekolah saya jadi tuan rumah kali ini. em , memang pertama kali pun jadi tuan rumah. [tuan rumah ke tuan dewan?] tak sangka ya. dengan keadaan fizikal yang kurang......... ini pun masih mampu jadi tuan rumah yang baik lagi. bagusnya. Debat mula pukul 3:20 petang. tak sempat tengok sampai habis. tapi , kalau tak silap , sekolah saya yang menang. alhamdulillah. takbir! allahuakbar. *clap*. esok , ada sambutan Maulidur Rasul di sekolah saya. em.. tak nak cerita apa2lah yang ini. tunggu dan bersama-sama kita menantikan kehadiran hari esok. Jumaat.


jadi , sekian sahajalah 'repekan' saya hari ini. kamu masih baca lagi ke? wawawa. nampak benar kamu sedang bersenang lenang ya. ok. sudah2. tutup tetingkap ini. tunaikan dulu tanggungjawab kamu yang sepatutnya dibuat. sekian.


...
........
.............
.................
eiy! kamu masih baca-baca lagi ke?
tak habis-habis...



"... melangkah dan terus melangkah ,
merentasi hari hari dalam hidup ..."
bicara_khalifahBijaksana2007

0 komentar: