Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Tuesday, April 10, 2007

kejayaan

Assalamu'alaykum.
*ehm*. alhamdulillah. saya gembira hari ini. pastinya juga seisi sekolah saya juga gembira dengan kejayaan ini. em , dari mana patut saya mulakan ya? em... macam inilah............
Selasa , 21 April 2007

....... maka , tibalah giliran kumpulan saya buat PLBS. *cuak* . dengan persediaan yang kureng nye. dengan kelam-kabutnye. terpaksa lah juga pergi ke depan. bentang. huhu. tak sangka lah pulak dapat giliran pertama. sedang saya berceloteh kat depan kelas tu , tibe2 , kawan saya panggil. suruh saya habiskan celoteh saya nih . *apesal lah pulak nih? tengah best2 buat pembentangan!* rupenye , nak bertolak ke :


Perlawanan Debat ala Parlimen
Peringkat akhir daerah Johor Bahru 2007
.
Tarikh : 10 April 2007.
Masa : 2 Petang [sepatutnya lah]
Tempat : SMK Bandar Baru Uda.
Dirasmikan oleh : En. Baba bin Hj. Ismail , Penolong Pegawai Pelajaran daerah JB.
Sekolah Menengah Islam Hidayah [SMIH]
vs
Maktab Sultan Abu Bakar [EC]

<br> oo.. ingatkan ape lah. em , alhamdulillah , saya diberi peluang untuk menyaksikan pertandingan akhir ini sekaligus untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah di sana. excited jugak. nervous pun ade , eventhough bukan saya yang nak debat hari nih. 'rombongan' dari SMIH diangkut dengan 3 kereta. saya naik kereta us hawanis. haha. best. dengar celoteh ustazah sepanjang jalan. actually , mule2 , tak tahu pun pertandingan nih kat mane. *ikut je la*. ustazah pun macam tak sure je. huhu. jangan memain. final nih. haha. last2 , alhamdulillah. sampai jugak. jam 1:30 petang di SMKBBU. memule sampai tu , rasa macam............ huu..
.... tak boleh nak digambarkan di sini. rasa macam pelik + xcited + happy + takut. heheh. semua ada. pelik juga. pergi ke satu sekolah yang nyata berbeza budayanya. *inilah dunia luar* sampai pulak tengah hari. masa yang , wohoo. sangat sibuk bagi kebanyakan sekolah yang ade 2 sesi macam ini. takut juga sebab terkejut tengok pelajar sekolah ni yang sangat-sangat-sangat lah ramai. agaknya berapa kali ganda lah dari pelajar sekolah saya. tapi , macam tak best pulak. jalan2 , semua orang pandang. macam nak makan kami je. bla2.
then , dijemput masuk ke dewan. eheh. me , nadiyah & yana duduk depan sekali. fuh! form 2 yang semangat sungguh nak beri sokongan! tunggu punyalah tunggu , azan pun berkumandang. [cewah..]. jadi , pergilah keliling sekolah yang besar amat ni nak cari surau. rasa2nya , surau di sekolah ini banyak. cari , cari , cari , cari . jumpa! eh , dikunci. cari , cari , jumpa! dikunci jugak. cari , cari , cari. eh , bende lain pulak yang dijumpa.*ehm*. sambung lagi. cari , cari , naik tangga , turun tangga , cari sana sini. jumpa! kunci juga. masyaAllah. semua surau kunci. dahsyat~! saya pun dah fikir lain dah pada sekolah ini. surau tak digunakan? hemm..*astaghfirullahalazim. husnuzon lah sket*. last2 , adalah pelajar sekolah ini yang baik hati tolong kami pergi carikan kunci. huhu. terima kasih banyak2 la. tak terhingga terima kasihnya. then , solat. . . lepas tu , pergi kantin. *em* macam best juga menjelajah ke hampir segenap ruang di sekolah ini. *macam buat lawatan pulak* . makan. lepas tu..
hesh.yu.je.ee.en = HUJAN!. hujan turun dengan lebat. sangat lah lebat. lebat sangat. terus lari pergi dewan. [takpe , boley lari nadiah h tak nampak!] wow! dah penuh dah dewan. alhamdulillah. tempat kami yang depan sekali tu takde orang ambik. heheh. dah cop awal2 dah. tapi , rasa macam pelik pulak duduk depan sekali. dahlah duduk depan guru [sekolah lain]. *semangat sungguh tu*. tunggu punya tunggu. at last! mula jugak pertandingan ini. nampak semua pendebat2 dah bersedia.
Majlis dimulakan. macam biasalah , peraturan dibacakan. para pendebat diperkenalkan. :


Delegasi Kerajaan : [SMIH]
P
ihak Perwakilan Pembangkang : [EC]


Alhamdulillah. SMIH jadi pihak kerajaan. *ehm* macam confident sikit boleh menang memandangkan usul yang digagaskan pada sidang kali ini ialah :
'Makanan penyebab UTAMA penyakit'
em , kalau difikir dari sudut akal logik pun , memang usulnya agak memihak kepada kerajaan kan?. haha. kat tangan saya masa itu , artikel dari berita harian yang menyatakan bahawa 'Makanan BUKAN punca penyakit'. haha. *sabo je*. bla2.
Then , Pendebat pertama [SMIH] , selaku YB Perdana Menteri yang 'kacak'
[ehm , bukan saya kata ya , dia yang kata sendiri. sekadar humour barangkali.] membuka tirai persidangan. Alhamdulillah. hebat berhujah sepertimana biasalah. [ceh~]. tamat 8 minit. bangun pula Ketua Pembangkang [EC] seterusnya meminda segala hujah yang dikeluarkan oleh PM kami. em , banyak pengunaan perkataan yang em.. yang hebat la. tapi , macam payah je nampaknya nak sebut. agak berterabur sikit..bla2. dan begitulah seterusnya. gamat juga seisi dewan. eheh. cakap orang pulak. kami bertiga yang kat depan sekali pun apa kurangnya. dah disignal banyak kali dah. haha. sampai dah letih us hawanis pesan "shh..shh..shh..". sampai dah penat us norimah kate "cool..cool...cool..". huhu. degil betul budak2 zaman sekarang nih. [siape lah tu?] memang semangat jugakla tadi. lagipun , usul persidangan kali nih menarik. tak complicated sangat. bla2. akhirnya. tamatlah sudah penggulungan dari kedua-dua pihak. nervous~. tunggu keputusan. em , nampak team bola SMIH pun dah datang menyokong. lagi lah semangat tu. sebelum keputusan diumumkan ada ucapan perasmian penutup pertandingan ini. then. ehm , masa yang palinglah ditunggu2. penyampaian hadiah.

Tempat Ke3 : SMK Perling & Sek. Dato' Jaafar.
JOHAN , jatuh kepada :
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
---------------------------------------------------------------------
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . .
"agak2 siape?" wah! saya rasa macam. huh. sempat lagi tanya soalan ini. cepatlah wahai puan mc... eheh. nervous. masa ini , ramai pejam mata. *ehm , nampak sebenar2 tawakkal*.
Johan bagi pertandingan debat ala parlimen peringkat daerah JB jatuh kepada pihak


KERAJAAN!!!!!!

*tergamam. kerajaan? eh , sekolah kita pihak ape ye? bukan ke..err.. maknanya...* Alhamdulillah!!! terdengar laungan takbir dari team bola sepak sekolah di belakang dewan. AllahuAkbar!! . SMIH jadi JOHAN? woo. macam tak percaya ya. syukur... Pendebat Terbaik : speaker ke 3 [SMIH]. alhamdulillah. pulang dengan senyuman melebar. walaupun hujan masih lebat! balik ke SMIH. *menuju kembali ke dunia yang lebih indah*


" ... Perjuangan yang belum selesai ..."
bicara_khalifahBijaksana2007

Add COMMENT

0 komentar: