Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Thursday, April 19, 2007

hidupku

Assalamu'alaykum!

wah. sekian lama dah tak tekan butang 'new post' di blogger ni.
this week rasa macam tension je. kenapa yek? anda tahu kenapa?
haha. saya pun tak tahu lah. nak kate homework banyak , takde lah sampai
setanding dengan homework senior2 yang nak ambik PMR atau SPM. tapi ,
em , banyaklah juga kerja saya minggu ni. sibuk dengan urusan ******. ahaha.
kamu nak tau ke ape maksud 6 bintang tu?. tunggu dan lihat sajalah.. nanti saya beritahu.

semalam saya dapat 2 surat. surat jemputan ke ihtifal sebagai penerima anugerah.
alhamdulillah. satu lagi , surat jadi ajk ihtifal. ajk keceriaan & fotografi. wow. dahsyat tak? tahun ini saya jadi ajk keceriaan kelas , rumah Biru [Bilalah nak jamuan??] & ihtifal. tak habis2 jadi ajk keceriaan jer. saya banyak menceriakan orang tahun ni. haha. yelah tu.

tak sabar nye nak sabtu ini. banat2 kelas saya pun mesti dah tak sabar2 gak. kenapa? adalah.. program '6 bintang' yang saya tulis atas tadi tulah. patutke saya beritahu sekarang? oklah. sebenarnya ada.... ...


eh nanti!! mutiara hati dah mula. saya tak nak terlepas cerite favourite saya tu! maaflah. post seterusnya saya beritahu. insyaAllah.

------------------

[edited]

Syirik kecil. AWAS!

Syirik kecil, adalah syirik yang terjadi diluar pengetahuan diri kita.
ia tidak akan terungkai selagi tiada yang menegur tentangnya.walaupun ia syirik kecil, ia tidak boleh di pandang remeh kerana jika ia menjadi pakaian diri takut2 ia akan menjejaskan akidah kita. Sedar atau tidak, syirik kecil sudah menjadi pakaian umat Islam diakhir zaman ini.Antara syirik kecil yang kita sering amalkan
:


1)Kita tidak bersandar pada Tuhan dalam kehidupan harian.Kita lebih bersandar pada makhluk, iaitu ciptaan Tuhan.Kita seringkali bersandar pada harta, ilmu,kelebihan atau bakat, dan juga isi2 dunia.Jika sandaran pada Tuhan diketepikan, maka kita sudah terperangkap dalam jerangkap samar syirik kecil


2)Kita melakukan ibadah bukan kerana Tuhan. Kita lakukan ibadah kerana pahala, kerana fadhilat, kerana syurga,kerana kepentingan diri.sedangkan itu semua anugerah Tuhan, tak perlu kita buat kerananya.Pasti hilang keikhlasan dalam ibadah.tak hairanlah, sembahyang kita tidak melahirkan Peribadi Agung,tidak mencegah kita dari melakukan maksiat, tidak membakar sifat2 mazmumah, dan tidak menyuburkan sifat2 mahmudah.


3)Kita tidak bersandar pada Tuhan (tawakkal) dalam berusaha.Dalam konsep usaha kita sudah tersilap.yang biasa kita dengar:Usaha + Ikhtiar + tawakal.itu konsep yang salah, dan bukan diajar dalam Islam. kita meletakkan Tuhan diakhir usaha kita. 1 minggu hendak exam baru nak solat hajat.adakah Tuhan itu pilihan terakhir dalam meminta pertolongan? cara yang paling berkesan dalam berusaha:(usaha + ikhtiar) x tawakal.bermaksud, dalam usaha kita sudah bertawakal, dalam ikhtiar kita sudah bertawakkal.barulah Tuhan menjadi tempat sandaran.usaha dalam hubungan dengan Tuhan.yamg beri Ilmu itu Tuhan, bukan buku, bukan guru, bukan makhluk.ia cuma wasilah(perantaraan).


4)Dalam kehidupan harian, seringkali kita syirik kecil. contohnya:-kita makan, dan merasakan makananlah yang mengenyangkan kita-kita anggap duit, dan kerjaya yang memberi kita rezeki. "tak duit,takde rezeki, tak makan" -kita anggap ilmu yang akan menentukan masa depan."kantoi SPM, gelap masa depan"-kita anggap segala kebolehan dan bakat kita adalah milik kita, bukan diberi @ dipinjamkan oleh Tuhan.-kita anggap harta kita, adalah usaha titik peluh kita bukan anugerah@ rezeki dari Tuhan.

sekian. wallahu'alam.
Bicara-Sang-Khalifah2007

0 komentar: