Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Wednesday, March 07, 2007

.sibuk.

"...Ketam jalan senget-senget
BIRU jalan tegak-tegak
BIRU pasti akan menang
BIRU tetap JUARA!... "


ehem.. saya suka pada lagu ini ,
walaupun ini lagu tadika asalnya.
tapi ,
OK apa!!! ^_^
ehem.. encik ketam jangan marah ye..
ahaha.
wah!
saya dah makin sibuk ini.
makin pening juga!
fikir2 hal keceriaan utk team Abu Ayub di stadium nanti.
ahahaha.

saya dah makin sibuk ini.
makin pening juga!
ujian berkala sudah dekat.
minggu depan punya minggu depan.
lama lagi kamu kata?
oh , tidak bagi saya.
banyak lagi yang saya kena fahamkan.
kena hafal itu ini.
itulah saya!
siapa suruh berbual dalam kelas?
tidur?
maaflah!
seumur hidup saya ,
saya tidak pernah tidur dalam kelas.
tidak pernah sama sekali!
tapi , itulah ,
kadang2 saya suka juga berbual dalam kelas.
tapi ,
tak apa.
sebab saya duduk depan mata ustaz/ah.
walaupun belakang sekali.
jadi , kalau saya berbual ,
ustaz/ah boleh tegur!
ahahaha.
tempat yang sungguh strategik.

saya dah makin sibuk ini!
saya makin pening juga.
kenapa pula ya kali ini?
entahlah.
(o o.. saya kekeringan idea!)
tapi , yang pasti ,
saya memang sibuk.

oh , ya! lupa saya nak post semalam.
semalam ,
6 Mac 2007.
ulangtahun ibu saya yang tersayang.
ibu saya yang sangat baik & BEST!
eh ,
bila masa pula saya panggil ibu ini?
saya tak panggil mak saya ibu.
saya lain.
saya panggil ibu saya mama.
kalau ayah saya , saya panggil..
ayah lah!
ayah dan mama.
janggal ya?
bukan pasangannya.
tapi , saya suka panggil begini.
comel dan manja.
ahahahaha.
eh ,
apa saya merapu jauh2 ini?

jadi ,
kepada mama saya yang tersayang lagi disayangi , [apa bezanya?]
selamat hari lahir ya , mama..
yang ke 43
moga panjang umur + dimurahkan rezeki.
dan sentiasa dipelihara oleh Allah.
eheh.
saya tidak mampu jaga mama saya 24 jam.
tidak mampu nak perhatikan mama saya 24 jam.
hanya Allah [ArRaqib-The Watchful] sahaja yang boleh.
kan? kan?

sampai sini sahaja.
saya kan sibuk.
tak mampu nak sambung lagi.
ahaha.
alasan!

saya.bangkit.saya.berlari
bicara_khalifahBijaksana2007

0 komentar: