Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Monday, March 26, 2007

semangat

Assalamu'alaykum.
alhamdulillah. hari ini baru saya berkesempatan nak update.
kuat sikit jihad nak lawan sifat malas saya hari ini.
em , saya nak cerita disini.
apa yang saya buat hujung minggu lepas.

hmm , kalau dirujuk pada post2 yang lepas.
ofkos , dengan senangnya anda boleh tahu.
24 Mac 2007.
yes. sekolah saya , SMiHJB telah melangsungkan sukan tahunan 2007 dengan berjayanya di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.
sebelum saya mula cerita-ceriti saya ini ,
kredit penghargaan dari saya buat Aliya , kerane telah memberi gambar rumah biru [+ saya sekali] pada saya dengan murah hatinya. [jzkk ya!]
sebelum itu.

hari persediaan. 23 Mac 2007. padang SMiH.


berlangsungnya beberapa sukan banat yang tak sempat dihabiskan sebelum minggu ujian. me? hehe. apelagi? busy prepare keceriaan perbarisan le. sibuk betul hari tuh. cari gloves , try cat muka , berlatih gune kipas. ade latihan perbarisan jugak. tinjau2 , mantap sungguh barisan atlit2 rumah biru yang jadi wakil perbarisan tu. serentak. kawad kemas. senang kate , memang mantap la. [ceh , puji rumah sukan sendiri je.] yang lain pun nampak hebat juga. so , beradalah saya di padang sekolah tu sampai la abang Afiqah datang ambil. hehe. berhimpit2 macam sardin dalam tin dalam kereta Afiqah. saya , afiqah , adik die , andi , aminah , nadiah & bee. ahaha. mereka ini buat rombongan nak ke rumah saya. nak tumpang saya pergi sukan. hehe. itu alasan pertama. alasan kedua mereka , nak main internet di rumah saya la. yelah , some of them duduk asrama kan. so , nak lepas tension ujian lah nih kirenye. so , selepas mengharungi keadaan seperti sardin tu selame hampir setengah jam , sampai jugalah di rumah saya. huh! udara segar , udara segar!! hehe. then , bla2. naik atas. terus bukak komputer. haha. habis. hampir semua komputer di rumah saya didominasi mereka2 ini. takpela. bagi peluang. sementara , saya pula , struggle lah siapkan keceriaan team Abu Ayub yang belum siap lagi ini. sampai lah pukul 1:30 pagi. huh! ngantuk. bismikallahumaahyawaamut.



hari sukan. 24 Mac 2007 . di stadium.

bangun pukul 4 : 30 pagi. ngantuk lagi. hehe. adoi. penat saya. kejut2 mereka2 ini tak bangun2. sabar jelah. 1 jam kemudian , baru mereke2 bangun. adeh! 1 jam hanya saya luangkan untuk kejut2. last2 , siap agak lambat. tapi , lambat2 pun sempat lagi ambik2 gambar. ahaha. then , naik kereta. cuba bayangkan. kereta wish ayah saya ini pun hampir2 jadi macam sardin menampung kami. kenapa? yalah! barang2 rumah biru yang bertan-tan banyaknya itulah. haha. kelakar saya tengok kawan2 saya. semua dah tak nampak muka. ada yang disebalik bunga manggar , belakang kadbod , haha. kelakar2. akhirnya , selepas sesi sumbat menyumbat ini , bertolak juga kami. eheh. to stadium and beyond! [saya suka cakap ini]. Smile on the way , tumpangkan kak maziah pulak. hehe. makin menyardinlah kami. [istilah apa itu?] .. diiringi alunan lagu dari cd 'dunia yang lebih indah' oleh Firdaus selama 45 minit ini , maka selamat sampailah kami di stadium larkin tu. serentak juga sampai dengan bas dari sekolah yang mengangkut pelajar2 asrama banat. huh! lege. nasib baik ler sampai serentak. so , mereke pun tolongla angkat barang2 saya. heheh. rasa macam beratus2 anak tangge jer nak naik ke stadium tu. dengan menagangkut barang yang banyak dan berat nih. adeh. sabo jeks. last2. sampai jugak ke dalam stadium itu. masyaAllah! besarnya. ditambah pulak indah sinar sang matahari memancar. rasa macam terpaku kejap. hehe.
jakon betul di stadium ini. tinggi betul. then , sampai2 di tempat duduk banat rumah biru tu. terus lekat2 nama pada kerusi , susun barang , pasang kadbod , gantung kain , bla2. and so on.

.sibuk.sibuk.

lepas tu , stop jap. sarapan kejap dgn mereke2 yang dtg rumah saya. [xsempat sarapan kat rumah la] nadiah , aisyah & bee je. lagi 2 org dah cabut. haha.

lepas tu , banat2 diarahkan untuk duduk ditempat banin sementara sukan banat ini berlangsung. sabar jela. penat2 je saya nak arrange keceriaan nih. maka , dengan itu , bermulalah sukan banat. pelbagai jenis sorakan kedengaran dari semua rumah. team Biru saya pun join sekali la sorak2. best. stadium besar , banin takde. heheh. boleh saya kata... gempaklah stadium!



suasana sukan banat

ini wilayah Biru


.penyokong2 setia Abu Ayub Al- Ansari.

detik2 keemasan. pemenang pingat emas pertama rumah Biru


lepas tamatnya sukan banat , semua pelajar banin dibenarkan memasuki padang. banat2 semua pindah ke tingkat atas semula. huh! penat betul saya masa ini. kecoh. siapkan keceriaan perbarisan , buat reben2 yg tak cukup , cari kotak kipas , bla2. sebentar lagi , acara perbarisan pelajar dah nak start. pelajar2 banin dah membanjiri stadium. lengkap. semua pelajar SMiH dah ade dlm stadium. tak ketinggalan , pelajar2 alumni yang datang menyokong. [alumni rumah biru paling ramai! haha.] peserta2 perbarisan sudah bersedia di tepi padang. lengkap keempat empat pasukan , Hijau [Salman Al Farisi] , Merah [Salahuddin Al Ayubi] , Kuning [Jaafar At Thoyyari] dan semestinya , Biru [ Abu Ayub Al Ansari]

maka , bermula lah acara yang paling ditunggu2 oleh pelajar2. [saya lagilah excited! hehe] perbarisan masuk pelajar bermula. dimulai dengan rumah kuning. [ade captured gambar tapi , tak jadi!] then , diikuti dengan pasukan kebanggaan saya [hehe] , rumah Biru a.k.a team Abu Ayub Al Ansari ,
tabik hormat kami.



terserlah kemantapannya.


kanan.kiri.kanan.kiri biru maju.

lepas tu , diikuti dengan rumah Merah


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

dan , akhir sekali , juara sukan tahunan SMiH 2006 , rumah Hijau ;

lepas tu , adalah pertunjukan aksi2 dari setiap rumah.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
rumah kuning , buat seni pertahankan diri. best juga. dah mati hidup balik. hehe. then , rumah Biru , huh! sedih betul. masa rumah Biru buat aksi tu , termiss pulak. tak sempat tengok! huhu. sabo je. tapi , nampak lah sikit2. kapten rumah biru lompat langkah pelajar yang pegang sepanduk tu. banat pulak , ketuk gendang [kongga eh name die?] , yang lain angkat2 kipas ikut rentak gendang tu la. cantik. best. mantap. [camne lah boleh tak menang?] rumah Hijau buat silat , pastu buat Haka. yang All black tu le. rumah merah , buat based & ikrar.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

semua bestlah. then , ade bacaan ikrar , ucapan perasmian.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

lepas tu , perbarisan keluar pelajar.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

bla2. sukan banin pulak. lari. yang nih tak ambil gambar lah kan. masa ni pun gempak juga stadium tu. tapi , biase2 jelah. terkawal sikit. tapi , semua tetap berpadu memberi semangat pada atlit2 yang mewakili rumah masing2. termasuklah team saya juga.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

bila tamatnya semua acara sukan , semua pelajar diarahkan berbaris mengikut rumah di tengah stadium . yes. acara penyampaian hadiah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket\

em , sempat juga ambil gambar kapten saya yang comey ini , hehe.. kak hanis jangan marah. ana buat2 lupa nak delete!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

em , pengumuman yang ditunggu2. perbarisan , tempat pertama rumah kuning. kedua ; hijau dan ketiga , Biru! alhamdulillah. at least takde lah dpt last. hehe. juara keseluruhan , rumah hijau lagi. rumah Biru last. sedih juga. tapi , la ba'sa. panjang umur , tahun depan insyaAllah kami mampu bangkit! em , next year kene berhempas pulas dapatkan title juara , kalau ikut kronologinye , [kalau tak silap le] , kalau tahun depan tak jadi juara juga , [nauzubillahiminzalik!]lengkaplah 10 tahun , penantian rumah Biru untuk gelaran juara. hmm.. however , memang best lah masuk rumah Biru ni. saya seronok!

maka tamatlah , sukan tahunan SMiH bagi tahun 2007 ini. sekarang , saat yang saya paling tak tunggu2. masa untuk kemas barang! huhu. kalau ikut tradisinye , form 4 yang sepatutnye bawa balik semua barang2, tapi , takpelah , saya tolong ..bla2. balik rumah.


semalam , 25 Mac 2007.


hari ni ada sukan lagi. di larkin juga. hehe. sukan renang pulak hari ni. adeh! rase macam malas nak pergi. penat. tapi , renang kan best , [lagipun , kehadiran adalah wajib!] so , pergilah juga. sampai sana , depan pintu masuk terus nampak nadiah ngan fatimah. haha. awalnye datang. pelajar asrama pun dah sampai. so , pukul 9 lebih , start renang. stretching dulu dgn kak Rusyda & kak Faizah. bestlah streching die. kelakar. lps tu , refresh balik teknik pernafasan dengan pengerusi , kak Ruqayyah. lepas tu , sesi pengajaran untuk pelajar2 baru. haha. ana jadi cikgu pulak. nervous jugak nak kene ajar orang nih. takut salah ke ape ke. tapi , alhamdulillah.. ok jeks. 2 jam kemudian , tamatlah sesi renang banat. lepas ni , pelajar banin pula , so , cepat2 lah keluar dari kolam tu.


Hari ini , 26 Mac 2007


sekolah seperti biasa. maksud saya , sesi persekolahan seperti biasa. tapi , tak belajar macam biasa. haha. guru2 pun ramai tak masuk. masuk pun tak mengajar. yelah , baru lepas ujian kan. huh. ngantuk sungguh saya kat sekolah tadi. [peliknye..] tapi , saya tak tido le. eheh. tolongla. saya tak berniat langsung nak menjadikan hari ini untuk memecahkan rekod saya yang tak pernah tido dalam kelas seumur hidup! hari ini , baru dapat satu keputusan je. khb. alhamdulillah , dpt A. eventhough , markah tak berape tinggi , tapi , syukur! it's still an A. malam , ayah&mama saya ajak pergi pesta konvo kat utm. huhu. malas nak pergi. nak update blog! hehe.


so , itulah die cerita saya untuk post kali ini. istimewa sangat saya rasa post kali ini.


tekalah kenapa?

sebab panjang?

haha. salah.

sebab sukan?

salah juga. nak tahu kenapa?


sebab , ini post saya yang ke 100!


" ... Bangkit dengan semangat yang tidak pernah mengalah! ... "

bicara_khalifahBijaksana2007

0 komentar: