Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Friday, March 30, 2007

hidayah.

Assalamu'alaykum!


hari ini jumaat. sayyidulayyam. hari dimana doa orang2 soleh dimakbulkan.heheh. ini mukadimah hari saya hari ini. kata2 yang diucapkan oleh mc perhimpunan pagi tadi. sekarang pukul 6:31 petang. hari ini tak habis lagi. cepat2lah ya. doa pada Allah.


hari ini , 30 Mac 2007. esok , 31 Mac 2007. ada apa pulak la dengan esok? eheh. sekolah saya ada buat program esok. eyh , bukan program yang biasa2 itulah. ini yang agak luar dari kawasan biasa. program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar sekolah saya. rasa2 nak promosi lagi disini macam dah tak berapa sempat. tapi , takpelah. saya cerita sikit. program yang diberi nama Malam Galaksi Hidayah 2007 ini dianjurkan bagi bertujuan untuk mengutip dana menampung perbelanjaan membina Kompleks Surau dan Tahfiz SMIH dan kerja-kerja pembaikan Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 860 000.00. em , untuk maklumat yang lebih2 lanjut lagi , mari2 , alihkan tetikus anda dan klik di SiNi . eheh. tak sabar saya nak pergi! ^_^


esok , 12 Rabiulawal 1428H, Maulidur Rasul. selamat.selamat. em , apa saya harus ucap ya? em , takpelah. sudah men'junjung'kah kamu? .. apapun , junjunglah dengan sebenar-benar cara.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Junjungan Nabi Muhammad s.a.w!

"... mencari redha Allah ..."
bicara_khalifahBijaksana2007

0 komentar: