Demi pena , dan apa yang dituliskannya; [68:1]

Saturday, March 17, 2007

baca.baca

Assalamu'alaykum!
eheh.
saje2 nak letak nih.
' Lelaki yang cantik & Wanita yang gagah '
bacelah.

Lelaki yang Cantik

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
muhasabah dirinya,
Adalah lelaki yg berjihad Di Jalan Allah…
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,
setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Wanita yang Gagah

'Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan',
Wanita yang gagah,
Adalah wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah wanita yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah wanita yang tabah menangung kerinduan setelah
ditinggalkan
Adalah wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi
segala keinginan,
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita..

aduh!
ujian makin dekat!
apakah saya sudah ready ya?
mungkin.
hehe.
alhamdulillah.
saya dah sihat! ^_^
terima kasih ya
pd semua
yang doakan saya dishoutbox itu.

bicara_khalifahBijaksana2007

0 komentar: